Permohonan PSU 1.0 bernilai RM12.9 bilion dilulus kerajaan – Tengku Zafrul

Hebahkan !!!

 

 

Kerajaan telah meluluskan permohonan subsidi upah bernilai RM12.936 bilion di bawah Program Subsidi Upah 1.0 (PSU 1.0) yang memanfaatkan 322,177 majikan dan 2.64 juta pekerja setakat 3 Sept 2021, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Menurutnya, bagi PSU 2.0, sejumlah RM1.373 bilion telah disalurkan kepada 79,703 majikan untuk terus beroperasi dan memastikan 701,161 pekerja di negara ini dapat mengekalkan pekerjaan mereka sehingga 3 Sept lepas.

Beliau berkata, di bawah PSU 3.0, sebanyak RM1.051 bilion telah disalurkan kepada 70,676 majikan untuk terus beroperasi dan mengekalkan pekerjaan bagi 697,872 pekerja setakat 29 Ogos lepas.

“Bagi PSU 4.0, sebanyak RM382.37 juta telah disalurkan kepada 58,988 majikan untuk terus beroperasi dan mengekalkan pekerjaan bagi 637,107 pekerja setakat 29 Ogos 2021,” katanya dalam Laporan Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (LAKSANA) ke-68 yang dikeluarkan hari ini.

Tengku Zafrul berkata, bagi sokongan penggunaan teknikal dan digital perusahaan kecil dan sederhana dan syarikat di peringkat pertengahan, sejumlah RM82.9 juta telah disalurkan kepada 13,884 perniagaan dalam bentuk geran dan pinjaman untuk langganan perkhidmatan digitalisasi setakat 3 Sept 2021.

Leave a Reply