Pele dalam keadaan stabil, selamat jalani pembedahan kolon

Hebahkan !!!

PELE bersama sebahagian ahli keluarganya

 

LAGENDA bola sepak Brazil, Pele kini dibenarkan keluar dari Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital di Sao Paulo selepas selamat jalani pembedahan yang dikhuatiri berpunca akibat ketumbuhan di bahagian kolon yang dialami, jelas seorang anak perempuannya.

Kely Nascimento memuat naik status mengenai tahap kesihatan bapanya itu di akaun Instagram sambil disertai dengan gambar bapanya yang berusia 80 tahun sedang tersenyum.

Sambil tertera penerangan ringkas bahawa Pele berada dalam keadaan stabil selepas menjalani pembedahan dan beliau tidak berasa sakit, kini berada pada tahap yang terbaik.

Tambah Kely, bapanya (Pele) akan dipindah ke wad biasa selepas ini dan sehari atau dua hari kemudian dibenarkan untuk keluar hospital.

“Bapa saya sangat kuat dan ‘degil’. Beliau dibantu dengan sokongan dan jagaan terbaik pasukan di Hospital (Albert) Einstein dan ucapan yang anda berikan, dan sokongan dari seluruh dunia, beliau akan melaluinya dengan baik.

“Saya mahu mengucapkan terima kasih terhadap keprihatinan dan sokongan menerusi teks, DM dan emel yang anda hantar kepada saya,” kata Nely.

Penyerang sensasi Brazil itu selamat menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di usus besarnya dan kini sedang beransur pulih seperti diumumkan pihak hospital di Sao Paulo yang merawatnya.

“Ketumbuhan itu dikesan sewaktu pemeriksaan kesihatan rutin. Spesimen ketumbuhan tersebut kemudiannya dihantar untuk analisis patologi,” menurut Hospital Albert Einstein tempat di mana Pele dirawat sejak 31 Ogos lalu.

 

Leave a Reply