No DAP No Anwar : Sekadar Slogan Kosong

Hebahkan !!!

 

Oleh : Sirajuddin Ahmad

Jika rakyat masih ingat lagi , sebelum PRU14 Pakatan Harapan menggunakan manipesto mereka untuk menambat hati pengundi.

 Dalam manipesto itu segala tipu janji ada didalamnya.

 Apa yang Barisan Nasional tidak mampu laksanakan atau tidak laksanakan , PH akan laksanakan melalui janji bertulis dalam manipesto itu.

 Dalam satu nafas pemimpin PH menyatakan BN dan Najib telah mufliskan negara, PH tetap menjanjikan tawaran bernilai berbillion ringgit kepada rakyat.

 Begitulah hebatnya bohong PH.

 Rakyat pula rata-rata mudah dimanipulkasi sangat percaya dengan manipesto itu.

 Menyahkan TOL sahaja memakan berpuluh bilion, menghapuskan hutang PTPN pula berberapa billion lagi, menghapuskan AES pula hilang berbilion lagi, kurangkan harga petrol pula berapa bilion lagi.

 Tapi PH dan Tun Mahathir terus pergi merata negeri untuk menjual “mimpi’ ini.

 Dalam PH kata negara sudah muflis , janji ratusan billion pula yang ditawarkan, tersangat kontradik tawaran itu namun tiada rakyat yang ingin persoalkan.

 Akhirnya, sebaik sahaja PH menang pilihanraya, maka semua janji tidak ditunaikan atas alasan yang direka.

 PH telah menyatakan negara terlalu banyak hutang , dan PH memikul beban membayar hutang.

Seolah-olah PH dan Tun M jahil melihat jumah hutang yang mudah diperolehi dari agensi kerajaan.

Dokumen 1MDB pula PH pandai perolehi tapi jumlah hutang negara PH tidak tahu merujuk kepada talibarutnya dalam kerajaan.

 Jika penipuan manipesto belum habis dikhadam oleh rakyat, penipuan baru pula muncul, PH berlakon mengutip derma untuk kerja-kerja persepsi konon benar-benar kerajaan tiada wang.

 Malah Menteri Kewangan Lim Guan Eng , yang sah bergelar pembohong oleh siasatan PAC menambah kenyataan lagi wang refund GST pun lesap dan dalam kantong kerajaan hanya tinggal RM450 juta sahaja.

 Akhirnya, kemudian,  semua bohong terdedah dan ternyata PH, Tun Mahathir dan Lim Guan Eng suka perbodohkan rakyat.

 Kerajaan terus tambah puluhan juta kepada sekolah Cina, kapal penyamun Jho low dibaiki guna duit kerajaan sebanyak RM27 juta.

Hutang negara bukan semakin susut , tapi semakin bertambah.

 Dan paling terserlah penipuan ada lah apabila Tun Mahathir sebelum tumbangkan dirinya sendiri telah membuat pengumuman stimulus package bernilai RM20 bilion dan dedahkan kerajaan ada RM2trillion dalam seluruh simpanan.

 Begitulah bohongnya PH dan saki baki sisa-sisanya dalam kerajaan hari ini.

 Maka, rumusan diatas kita buat atas sebab hendak ‘”relate” betapa Slogan “No DAP No Anwar” juga adalah seumpama manipesto PH.

Ketika mereka takut UMNO dan Presidennya ada opsyen berunding dengan DAP dan Anwar bagi menghalang kezaliman berterusan Tun M dan BERSATU yang suka menggunakan taktik lapuk pekena musuh dengan agensi RoS, LHDN dan SPRM, maka mereka ujudkan slogan “No DAP No Anwar”

Ini supaya jika kepala UMNO disekeh dipijak dan dizalimi pun UMNO tidak boleh minta bantuan dari PH terutama nya DAP dan Anwar PKR.

 Laluan keluar UMNO tipis dan terhad.

 Jika Presiden UMNO Ahmad Zahid berbual dengan Anwar seperti yang lazim mereka lakukan bebelas tahun dulu pun sudah dianggap dosa besar.

 Malah dituduh mahu bersama Anwar dan DAP atas sebab hendak lepaskan diri dari kes yang direka oleh PH.

Tapi, lain pula jika pemimpin kerajaan takut kepada undi percaya yang jika tidak cukup lalu mereka hilang kuasa kawal wang dan agensi kerajaan.

 Lain orang lain pula sebab dituduh.

 DAP masih berprinsip yang sama , Anwar begitu juga.

 Malah kali ini CSA nya ada habuan kepada PH.

 Seperti kata Dr Puad Zarkashi, No DAP No Anwar sudah tidak releven lagi, jika bersebab dan beralasan dibolehkan sahaja.

Leave a Reply