KINI ANGKA 114 TERAMAT PENTING – Puad Zarkashi

Hebahkan !!!

Mohd Puad Zarkashi

Apa yang dikejar dalam memorandum persafahaman Kerajaan-PH yang dimeterai semalam? Tentu kestabilan dan kematangan politik

Mungkin Parlimen akan senyap seketika. Tidak lagi macam sarkas. Masing masing masuk kandang. Kerja Speaker jadi senang.

Kalau setakat tuntutan pengundi 18 tahun, BN sudah setuju masa PH memerintah 22 bulan. Syarat BN ialah mesti daftar automatik. Tapi PH yang gagal segerakan perlaksanaannya.

Yang baru ialah skim perkhidmatan Parlimen. Tetapi faedahnya hanya kepada ahli Parlimen dari segi saraan dan kemudahan lain. Rakyat dapat apa? Siapa untung?

PH untung kerana dapat peruntukan pembangunan sama banyak dengan MP kerajaan. Itu cukup selesa membantu mereka mempertahankan kawasan di PRU 15 nanti.

Di pihak kerajaan, ia untung kerana PH setuju tidak akan “undi menolak” apa sahaja bill. PH akan berkecuali jika wujud rasa tidak puas hati.

PH serah bulat bulat kepada 114 MP Kerajaan. Selagi mereka solid, Warisan, Pejuang dan Muda tidak boleh buat apa apa. Nyawa kerajaan bergantung kepada 114 MP.

Senario baru “Yes Anwar Yes DAP” timbulkan tanda tanya siapa yang akan perjuangkan RCI Tommy Thomas dan Tabung Haji? Reformasi institusi nampak kabur.

Apa pun Ismail Sabri lebih berjaya dari Muhyiddin. Persafahaman rentas parti oleh Muhyiddin pada 13 Ogos gagal kerana PH tolak.

Ismail Sabri buka jalan persafahaman Kerajaan-PH kepada Parti-PH selepas ini. Alang alang menyeluk pekasam.

Leave a Reply