Cara Makan Cristiano Ronaldo diHormati Oleh Pemain Manchester United

Hebahkan !!!

London: Penjaga gol Manchester United, Lee Grant mendedahkan rakan sepasukannya ‘terlalu takut’ untuk menikmati juadah pencuci mulut selepas melihat apa yang dimakan Cristiano Ronaldo.

Grant, 38, berkata mereka selalunya menamatkan makan malam dengan menikmati manisan di hotel sehari sebelum perlawanan.

Grant mendedahkan dia dan rakan sepasukan menjeling apa yang dimakan Ronaldo dan selepas mendapati makanan seperti avocado dan telur rebus di atas pinggannya, tiada seorang pun daripada mereka berani mendapatkan makanan pencuci mulut selepas makan malam.

“Anda selesai makan dan selalunya pada malam Jumaat selalunya ada makanan seperti pai epal, kastard, brownie dan krim.

“Saya beritahu anda, tiada siapa pun pemain yang menyentuh kesemua makanan itu. Kami hanya duduk di meja dan salah seorang berkata kepada saya ‘apa yang ada di pinggan Cristiano?’

“Makanan paling bersih, paling sihat yang anda boleh bayangkan. Saya hairan melihatkan tiada seorang pun berani mengambil manisan tersedia di atas meja.”

© New Straits Times Press (M) Bhd

Leave a Reply