5 Individu Berpengaruh Kantoi Bernafsu Binatang

Hebahkan !!!

IMEJ pendakwah tanpa mengira kepercayaan agama apa sekalipun, mampu memberi kemashyuran bagi seseorang. Malah seorang pendakwah hebat turut memiliki pesona tersendiri sehingga mampu menarik ribuan peminat daripada pelbagai lapisan masyarakat.

Namun populariti dan keunggulan seorang pendakwa mahupun agamawan bukan sahaja menghadirkan penghormatan, malah turut berdepan bermacam dugaan termasuk godaan kuasa, wanita dan kekayaan sehinggakan ramai tersungkur kerana terpesona dengan habuan yang datang tanpa disangkakan.

Dalam seantero dunia, peristiwa membabitkan 5 personaliti bereputasi cukup tinggi namun tersungkur tewas dengan tarikan paling kuat membelenggu naluri seorang lelaki, iaitu hawa nafsu seksual.

1. Nouman Ali Khan

Pendakwah terkenal yang turut dinamakan antara individu Muslim paling berpengaruh, akhirnya memusnahkan reputasinya sendiri akibat gelojak nafsu yang di luar batas kemanusiaan.

Pengasas Bayyinah Institute yang popular kerana penerangannya mudah difahami, tidak meleret, padat khasnya melibatkan topik hubungan lelaki dan wanita serta alam perkahwinan. Namun, reputasi Nouman sebagai kaunselor dipandang tinggi dan berintegriti mulai goyah setelah kisah gelapnya didedahkan Omer M. Mozaffar, pensyarah di Loyola University, Chicago.

Pendedahan hasil pengakuan Nouman sendiri yang kerap mengubungi kenalan wanita yang cuba digoda dengan taktik jijik, kononnya tertekan berdepan masalah rumahtangga, lalu cuba menarik perhatian wanita untuk dijadikan pengganti isteri.

Skandalnya mula terdedah selepas seorang wanita memuat naik bukti-bukti yang diterimanya daripada Nouman memaparkan dirinya dalam keadaan agak memalukan berbanding statusnya sebagai pendakwah dan kaunselor, namun berkongsi gambar sisi gelapnya yang kurang enak ditatap oleh wanita bukan mahram sambil diselang seli kiriman mesej berbaur seksual.

Pendedahan-pendedahan berikutnya melondehkan kepincangan norma peribadi Nouman gemar menggunakan kedudukannya untuk menggoda dan menipu wanita disasarkan dengan alasan sama – dia dalam proses perceraian dengan isteri. Nouman akhirnya mengakui kelemahannya; terbabas jauh daripada nasihat-nasihat sering diungkapkannya sendiri.

2. Adnan Oktar

 

Pendakwah dari Turki, Adnan Oktar atau nama penanya Harun Yahya individu yang cukup terkenal, mempunyai gerakan dakwah sendiri dinamakan BAV atau Bilim Arastirma Vakfi yang aktif di Turki.

Berhujah berasaskan bidang saintifik, Oktar menggabungkan kedua-dua elemen agama dan sains khasnya kajian evolusi untuk membentuk cabang ilmu yang mencabar pandangan-pandangan klasik Islam.

Walaupun beberapa kali berdepan dakwaan menyebar ajaran sesat, namun beliau gagal disabitkan kesalahan, sehinggalah siasatan lebih mendalam menemukan bukti mensabitkan Oktar dengan kesalahan jenayah seksual terhadap individu bawah umur, jenayah seksual kepada wanita, tuduhan penipuan dan rasuah.

Beliau dijatuhkan hukuman penjara oleh Mahkamah Turki selama 1,075 tahun sementara dua peawai kanannya bersubahat turut dihukum penjara 211 tahun dan 186 tahun.

3. Tariq Ramadan

Bersusur galur keturunan baik dalam kalangan masyarakat Islam, apa dilakukan oleh Tariq Ramadan, cucu kepada pengasas gerakan Ikhwanul Muslimim, Hassan al Banna ini sukar dipercayai.

Terkenal sebagai ahli akademik yang bereputasi tinggi dalam pengajian agama, Tariq mula giat menjalankan aktiviti dakwah bersama gerakan Movement of Swiss Muslim sehinggalah berdepan dakwaan kes rogol tahun 2017 melibatkan dua wanita.

Laporan berkenaan 2 kes terbabit didakwa berlaku tahun 2009 dan 2012, menyebabkan pihak berkuasa Perancis memulakan siasatan terhadap Tariq. Ekoran pendedahan itu, beberapa lagi wanita tampil dengan dakwaan hampir sama iaitu Tariq telah terlibat dalam kes pencabulan wanita bawah umur.

Beliau ditahan polis Perancis pada Januari 2018, mendorong kempen untuk pembebasannya dimulakan dan disertai ramai ahli akademik terkenal dunia, atas dasar kononnya penangkapan Tariq dilakukan secara tidak sah.

Namun, malangnya beberapa bukti dikemukakan selepas itu telah memaksa Tariq mengakui bahawa dirinya menjalin hubungan dengan mangsa, namun semuanya didakwa berlaku secara suka sama suka dan dipersetujui wanita yang terlibat.

Tariq mengaku tidak bersalah atas semua tuduhan dikenakan dan kini dibebaskan dengan ikat jamin, namun masih berdepan 5 dakwaan merogol.

4. Ravi Zacharias

Antara semua kes berprofil tinggi disenaraikan, nama Ravi Zacharias antara paling mahsyur dalam kalangan penganut Kristian.

Mendiang meninggal dunia pada 19 Mei 2020, tetapi siasatan terhadap salah laku seksualnya sepanjang berkhidmat sebagai pendakwah – baru saja dilaporkan pada bulan Februari lalu.

Menubuhkan RZIM atau Ravi Zacharias International Ministry, Ravi giat menjalankan aktiviti dakwah Kristian sebelum berdepan dakwaan pertamanya tahun 2017 selepas didapati cuba menggoda isteri orang bagi mendapatkan gambar bogel wanita itu.

Bagaimanapun, beliau menafikan tuduhan tersebut, namun beberapa lagi dakwaan serupa mula muncul melibatkan beberapa wanita berbeza, khususnya para pekerja spa dimiliki oleh Ravi. Hasil siasatan dalaman oleh RZIM mendapati wujud bukti yang mensabitkan semua tuduhan ke atasnya.

Beliau dilapor bukan saja gemar menggunakan kedudukannya untuk menggoda wanita, bahkan gemar memujuk wanita-wanita terbabit menghantar gambar masing-masing dalam keadaan mengghairahkan.

Salah seorang mangsanya termasuk rakyat Malaysia, yang berjaya dipujuk menghantar video dan gambar tanpa seurat benang selepas lebih 4 bulan Ravi berusaha mendapatkannya.

Mandiang bagaimanapun bernasib baik dan tidak perlu berdepan persepsi orang ramai setelah meninggal dunia akibat kanser tulang belakang pada usia 74 tahun.

5. Oliver O’Grady

Nama beliau agak asing dalam kalangan masyarakat Malaysia, namun jenayah dilakukan melayakkannya tersenarai di dalam susunan ini dan merupakan pesalah paling teruk.

Bergelar paderi gereja Katolik yang dihormati, O’Grady mula berkhidmat di California sejak 1971 dan mula memperkosa bayi dan kanak-kanak sejak tahun 1976.

Malangnya, hanya dalam tahun 1993 kegiatannya terbongkar dan paling menyedihkan, pihak gereja tempatnya berkhidmat turut melindungi beliau walaupun telah menjalankan siasatan terhadap perangai aneh O’Grady.

Selepas didapati bersalah merogol dan memperkosa dua orang adik beradik sejak keduanyaberusia 3 tahun sehingga berumur 13 tahun, O’Grady dihukum penjara 14 tahun, namun dibebaskan selepas 7 tahun dipenjarakan dengan jaminan parol.

Pemangsa pedofilia ini mula hidup berpindah randah, apabila kembali ke tanahairnya di Dublin, Ireland, sebelum ke Perancis dan Belanda dengan menggunakan identiti berbeza.

Dia kemudiannya ditangkap lagi selepas didapati menyimpan pornografi melibatkan individu bawah umur lebih 280 ribu keping, disimpan dalam cakera keras dan stik USB, dan dipenjarakan 3 tahun atas kesalahan tersebut.

Selepas dibebas O’Grady kembali ke Ireland sebelum melarikan diri Portugal apabila hidupnya jadi tumpuan. Tabiat lamanya berulang apabila sekali lagi ditahan penguasa Portugal atas dakwaan menyimpan pornografi kanak-kanak dan diekstradisi pulang ke Ireland untuk dibicarakan. Dia dihukum penjara 22 bulan bermula Oktober 2020 sebelum dibebaskan Mei 2021

Leave a Reply