Jajaran Baru : Ingatkan Zahid, Rupanya Ismail

Hebahkan !!!

 

Oleh : Sirajuddin Ahmad

Apa sudah jadi dengan Slogan No DAP No Anwar?

 Apa alasan kali ini hendak diberi untuk menghalalkan Kerajaan Keluarga Malaysia untuk bersama DAP dan Anwar?

 DAP masih yang serupa, Anwar masih yang sama.

 Siapakah yang sudah bertukar? DAP dan Anwar atau pemimpin UMNO?

 Hampir hendak roboh rumah UMNO, hampir hendak karam bahtera UMNO akibat permainan segelintir pemimpin UMNO yang anti Presiden dan proJilat BERSATU ketika bualan talipon Presiden UMNO Ahamd Zahid Hamidi dengan Anwar Ibrahim disebarkan.

 Walaupun bualan Presiden hanya bualan biasa yang tiada “bearing” kerana sesuatu tindakan bekaitan parti tetap kena rujuk kepada Majlis Kerja Tertinggi UMNO terlebih dulu, namun ia tetap dimanipulasikan untuk menjatuhkan  Presiden sebagai pengkhianat.

Adakah “alasan” yang menentukan halal haram sesuatu hubungan politik?

 Ketika ini alasan “Kerjasama” untuk negara menjadikan sesuatu hubungan itu halal.

 Ketika Presiden bermesra dan dispekulasi konon mahu mencium dan berkawan dengan DAP dan Anwar adalah ketika keadaan UMNO ditekan dengan ugutan RoS, LHDN dan SPRM pun dianggap pengkhianat.

 

Namun, jika Perdana Menteri yang mesra  BERSATU dan mesra Menteri anti Presiden UMNO tersepit dengan ‘Numbers” alasan untuk bercium mulut kepada entiti “No DAP No Anwar “ menjadi halal pula.

 Mahu keluar dari reban dilarang kerana takut kepada musang, tapi bawa musang masuk kedalam reban menjadi boleh pula.

 Meseg apa kah yang ahli UMNO harus terima dari “Keluarga Malaysia’ yang inklusif DAP dan Anwar?

 Pada kempen pru15 nanti apa kah yang hendak disampaikan oleh UMNO kepada rakyat?

 Hendak Suruh benci DAP? Suruh benci Anwar? alasan apa pula hendak digunapakai?

 Ada kah menggunakan nama Yang DiPertuan Agong boleh  dijadikan sandaran untuk “damage control”?

 Semakin hampir Pru15 semakin keliru kedudukan parti dan ahli UMNO.

 Akhirnya yang di”NO” kan kini menjadi “YES” pula.

 Kita ingatkn Zahid, rupanya Ismail dan gang-gangnya.

Leave a Reply