Apa Rasional Jajaran Baru? Annuar Musa Wakili Pihak Mana?

Hebahkan !!!

 

Oleh : Sirajuddin Ahmad

Perkembangan terbaru dalam politik negara sungguh memeningkan kepala ahli akar umbi UMNO.

Bukan sahaja ahli akar umbi UMNO berada didalam kekeliruan, malah  rakyat yang berada atas pagar pun pening kepala juga.

Yang dulu menjadi pantang larang parti, kini sudah dibolehkan pula.

Hanya yang perlu, cari alasan dan sebab sahaja untuk membolehkan perkara yang tidak boleh.

Lebih dahsyat lagi orang yang kuat mencanang tidak boleh pula paling kuat jadi tukang salak dan tukang atur perkara yang dia kata tidak boleh.

 Cuba tonton video ini:-

 

Persoalan , siapa Annuar Musa dalam UMNO yang membolehkan beliau menjadi wakil  buat urusan jajaran baru-baru ini? Sebagaimana yang kita tahu, beliau kalah ketika bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO. Oleh itu, beliau tidak layak mewakili UMNO dalam apa juga rundingan yang membawa nama parti.

Dalam kabinet Ismail Sabri , ada ramai lagi yang jauh lebih layak untuk bercakap atau bertindak mewakili UMNO.

Annuar dilihat siap bergambar bersama- sama puak yang diharamkan UMNO untuk berkerjasama?

Annuar Musa menjadi wakil siapa? UMNO kah?

Sejak bila UMNO lantik Annuar Musa menjadi wakil UMNO dalam isu Jajaran Baru “Keluarga Malaysia’.

Dalam heiraki UMNO Annuar Musa berada ditahap mana?

Atas kapasiti apa untuk Annuar Musa menjadi wakil UMNO bersama-sama barisan pemimpin Pakatan Harapan dalam jajaran tersebut?

Jika Ahmad Zahid Hamidi sebagai Presiden UMNO pun Annuar dan “tentera”nya menyerang hanya sebab satu perbualan talipon bersama Anwar Ibrahim, kini Annuar Musa pula berdiri sebaris dengan puak-puak yang dia sendiri haramkan.

 Apa lojik dan apa rasional semua ini?

Apakah kini dibolehkan UMNO bersama-sama DAP dan PKR sedangkan ianya tidak dibolehkan sebelum ini?

DAP sudah tukar perlembagaan parti mereka kah?

PKR sudah tukar perlembagaan dan dasar parti mereka kah?

Sebelum ini Annuar Musa dan pemimpin UMNO yang proBERSATU mengambil kesempatan untuk menjatuhkan Presiden dengan fitnah “Jajaran Baru”, tapi kini mereka yang menjadi agen kepada “Jajaran Baru Keluarga Malaysia”.

Hala tuju UMNO pernah dipersoalkan dan Presiden UMNO juga pernah dilabelkan sebagai Presiden yang tiada tahu hala tuju UMNO.

Apakah tindakan dulu tidak boleh sekarang boleh pula bersama DAP dan Anwar sebagai bukti UMNO sudah ada hala tuju?

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply