NO ANWAR NO DAP SUDAH TIDAK LAGI RELEVAN?

Hebahkan !!!

NO ANWAR NO DAP SUDAH TIDAK LAGI RELEVAN?

Mohd Puad Zarkashi

Dikatakan Pakatan Harapan (PH) sudah muktamad untuk menandatangani CSA dengan Kerajaan. Jika tidak hari ini mungkin dalam masa terdekat.

Secara logik, sudah tentu semua permintaan PH akan dipenuhi dan diterima tanpa syarat.

Itu bermakna, momokan “No Anwar No DAP” sudah tidak lagi relevan. Usaha ini juga cuba dibuat oleh Muhyiddin pada 13 Ogos untuk selamatkan jawatannya sebagai PM.

Pada yang terkedu sudah tentu cuba menegak benang basah. Mereka akan kata, tidak sama kerana DAP dan PKR tidak diberi sebarang jawatan eksekutif dalam kerajaan.

Tidak ada bezanya. Tidak ada jawatan Menteri pun, kalau semua kehendak PH diterima dan menjadi dasar kerajaan, maka itu sudah lebih dari cukup.

Apa guna berkongsi kerajaan tetapi dasar parti tidak dipenuhi? Difahamkan PH menolak untuk turut serta dalam Majlis Pemulihan Negara (MPN).

Mereka tidak mahu duduk di bawah Muhyiddin yang mereka tolak sampai terpaksa letak jawatan. Mereka menuntut ditubuh jawatan kuasa pemantau terhadap MPN.

Maksudnya PH mengawal keberkesanan MPN. Dengan kata lain parti menguasai kerajaan boleh dibuat dengan berbagai cara.

Sudah tentu PH kenduri besar kerana MPs PH akan dapat peruntukan yang sama dan kemudahan lain macam MP Kerajaan. Dalam masa sama, No Anwar No DAP akan dilupakan.

Leave a Reply