Bukan Sahaja BERSATU Konsisten Tolak Kleptokrat , BOHONG Pun BERSATU Konsisten Juga

Hebahkan !!!

 

 

Oleh : Sirajuddin Ahmad

BERSATU Konsisten Tolak “Kleptokrat” Kata Wan Saiful, Tapi Bohong Pun Konsisten Juga.

Wan Saiful dengan gahnya mendabik dada menyatakan Bersatu konsisten menolak Kleptokrat.

 Baguslah jika itu pendirian sebuah parti minoriti yang hidup atas keahlian parti UMNO dan mencuri ahli kleptokrat UMNO masuk kedalam parti Bersatu.

 Mungkin Tok Pa dan Mas Emiryti boleh bantu pulihkan ingatan Wan Saiful.

 Jika Tok Pa dan Mas Emiryati gagal pulihkan ingatan Wan Saiful, Mungkin Xavier PKR boleh membantu.

 Itu semua individu kleptokrat dalam Bersatu yang membantu memberi “Numbers” supaya Bersatu tidak tumbang dan pemimpinnya didakwa dimahkamah.

 Sambil itu Wan Saiful harus diingatkan berkenaan saman fitnah dari Datuk Seri Najib tentang kononnya DSNR mempengaruhi mahkamah dalam kes 1MDB nya.

 Rakyat yang jahil akan menilai Bersatu dari sudut kata-kata pemimpinnya yang penuh retorik dan teori.

 Ia skrip ala-ala zaman Tok Kadok era Mahathir.

 Kini ia sudah tidak laku lagi sama dengan tak relevennya Tun Mahathir.

 “Museum Material” lebih sesuai dengan cara Wan Saiful berkata-kata.

 Rakyat akan menilai Bersatu dari perbuatan mereka dan bukan dengan kata-kata yang disembur keluar dari mulut pemimpin mereka seperti Tan Sri Mahiaddin dan Wan Saiful Ucapkan.

 Wan Saiful buat ucapan kononnya Bersatu konsisten menolak “Kleptokrat” sama taraf dengan Mukhriz Mahathir ucapkan , konon boleh berkerjasama dengan sesiapapun asal bukan “kleptokrat”

Setelah dengan bodohnya menjadi kerajaan bersama Kleptokrat Terowong dan Banglo selama 22 bulan kini ada nafsu hendak menolak Kleptokrat.

 Jadi kerajaan Perikatan Nasional pun hasil SD Najib Dan Zahid mereka yang Bersatu gelar Kleptokrat.

Sebelum ini, Bersatu menjilat kaki kleptokrat UMNO bernama Mustapha Muhamad dan Mas Emiryati.

Ini disambung dengan Tun Mahathir menjilat 12 orang MP UMNO yang kleptokrat untuk  memperkukuhkan parti Bersatu yang ditolak oleh orang Melayu.

 Ini semua jika “Kleptokrat Jadi ukuran Bersatu.

 Setelah kleptokrat menjadi ukuran , lebih menjijikan kerana Bersatu mengutip segala sampah sarap masuk kedalam parti Bersatu.

 Sebut sahaja semuanya ada , semcam iklan Astro “Macam macam ada”.

 Lelaki menadah “pungkok” pun ada, merogol amah pun ada , perasuah minta perlindungan dari kes rasuahnya pun ada.

 “All in One” semua ada dalam parti Bersatu.

 Maka hentikanlah beretorik zaman Jepun itu.

 Rakyat melihat pada fakta dan data, bukan pada ucapan zaman dinosor ala-ala era Tun Mahathir .

 Pemimpin Bersatu adalah Kluster bakal kemahkamah jika UMNO berkuasa.

 Bukan dari kes-kes rekaan tapi kes nyata dan RCI yang belum kesempatan UMNO cungkil.

 Baik dari segi salah guna kuasa, seleweng , penjualan aset dan jual tanah milik orang Melayu.

 

 Jangan lupa manipesto pru14 juga adalah “Mother of all scam” , dianggar hampir 3.5 juta rakyat Malaysia menjadi mangsa penipuan Pakatan Harapan yang Bersatu  ada bersama sama didalamnya.

Scam kencing manispesto lebih besar dari scam “Ponzi Scheme”.

 

Malah usaha Bersatu menghalang UMNO dominan adalah antara sebab takut kepada hal ini

Belum didakwa, bakal didakwa ada lah status beberapa pemimpin Bersatu dan juga status pemimpin UMNO yang sudah mereka tawan untuk menyerang Presiden UMNO.

 Tidak didakwa, belum didakwa bukan bermaksud tidak bersalah.

 Akhir sekali, elok sangatlah ahli Bersatu peringatkan pemimpn mereka yang jauh tersasar dan lupa diri.

 Rakyat tidak lupa, terutamanya 40,000 melayu yang dibuang kerja diera Bersatu bercium mulut dengan DAP dan Tun Mahathir selama 22 bulan.

Leave a Reply