Bersatu tetap konsisten tolak kleptokrat dalam kerajaan – Wan Saiful

Hebahkan !!!
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tetap tegas dan konsisten berpegang pada perjuangannya yang menolak kleptokrat dalam kerajaan.
Ketua Penerangan Bersatu Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, mereka yang terpalit kes mahkamah tidak boleh dihalang menyokong kerajaan yang dianggotai rakan satu parti, tetapi mereka tidak boleh terlibat dalam urusan pentadbiran.
Sehinggalah, kata Wan Saiful, mereka dapat membersihkan nama mereka secara sah mengikut undang-undang, melalui sistem perundangan negara.
“Ada beza antara mereka yang hendak menyokong kita. Kita tak halang malah kita menjemput semua pihak menyokong usaha yang kita lakukan.
“Tetapi, untuk meletakkan mereka di tempat yang tidak sepatutnya, selagi nama mereka belum dibersihkan, itu sehingga hari ini masih tidak dilakukan. Itu konsistennya kita,” katanya.
Beliau menjelaskan, semangat itu terus dibawa bersama dalam Perikatan Naional (PN) sehingga hari ini supaya tiada kompromi diberi kepada mereka yang cuba menyuntik unsur kleptokrasi dan korupsi ke dalam pentadbiran.
Pegangan itu kata Wan Saiful, erat digenggam sejak awal penubuhan Bersatu, yang lahir daripada bekas pemimpin tertinggi negara yang dipecat atau meninggalkan kerajaan terdahulu, kerana menentang amalan rasuah.
“Pemimpin-pemimpin kita pada peringkat awalnya, Tan Sri Muhyiddin Yassin sanggup hilang jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO semata-mata untuk menjadikan negara ini sebuah negara yang ditadbir dengan prinsip integriti dan tadbir urus baik.
“Ini bukti bahawa kita benar-benar serius dengan perjuangan ini untuk menjadikan negara kita lebih bersih.
Astro Awani

Leave a Reply