Ahli Parlimen Tasek Gelugor Datuk Shabudin Yahaya dilantik sebagai Pengerusi AIM

Hebahkan !!!

Kuala Lumpur: Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Pulau Pinang Datuk Shabudin Yahaya dilantik sebagai Pengerusi Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM).

AIM pada kenyataan hari ini, mengumumkan perlantikan Shabudin sebagai pengerusi AIM menggantikan Datuk Seri Lajim Ukin yang meninggal dunia Ogos lalu.

“Di atas kepimpinan dan pengalaman yang dimiliki, beliau diyakini dapat menerajui AIM yang kini dianggotai 356,024 Sahabat di seluruh negara ke satu tahap yang lebih baik dan cemerlang.

“Bagi pihak AIM, kami mengucapkan selamat datang dan selamat menjalankan tugas kepada Datuk Shabudin.

“Semoga pelantikan ini dapat meningkatkan lagi peranan dan fungsi AIM dalam usaha membantu kerajaan mengurangkan kadar kemiskinan, seterusnya meningkatkan taraf ekonomi isi rumah golongan berpendapatan rendah,” katanya.

Terdahulu, Shahbudin pernah dilantik sebagai Hakim mahkamah syariah sebelum menjawat jawatan Pengerusi Felcra Berhad.

Beliau kemudian dilantik sebagai Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga Hal Ehwal Parlimen dan Undang-undang.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Leave a Reply