‘Tempoh 12 hari yang mendebarkan’

Hebahkan !!!

 

KUALA LUMPUR: Pelakon Datin Paduka Eina Azman menyifatkan, tempoh 12 hari saat suaminya, Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Abdullah bertarung nyawa melawan pandemik COVID-19 adalah tempoh yang cukup mendebarkan buatnya dan keluarga.

Suaminya menghidap COVID-19 tahap empat terpaksa bergantung kepada bantuan oksigen berikutan pernafasannya turun dan naik.

Bagaimanapun, kerisauan pelakon drama The Maid itu berakhir apabila suaminya dibenarkan keluar hospital dan bebas COVID-19, kelmarin.

“Syukur, Alhamdulillah selepas 12 hari melalui tempoh cukup mendebarkan. Suami berdepan COVID-19 tahap 4 dan merebak ke paru-paru sebanyak 30 peratus.

“Dengan oksigen yang turun naik, doktor memberitahu sekiranya dalam masa dua hingga tiga hari jika oksigen masih tidak okay, suami perlu dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU),” kongsi Eina menerusi hantaran yang dimuat naik dalam laman Instagram.

Eina berkata, dia sebolehnya enggan suaminya dimasukkan ke ICU. Namun, hilang kata-kata sehingga sukar menggambarkan perasaannya ketika itu.

“Hanya Allah sahaja tahu perasaan saya yang tidak senang duduk memikirkan apa harus dilakukan. Pelbagai ikhtiar dan cara saya lakukan semata-mata mahu suami sembuh semula.

“Saya ingin berterima kasih kepada keluarga, rakan dan semua pengikut yang tidak henti-henti mendoakan serta berkongsi pelbagai tips demi kesembuhan suami.

“Saya tidak mampu membalas semua pesanan WhatsApp dan mesej langsung (DM). Hanya ucapan terima kasih sahaja mampu dititipkan atas segala doa yang baik untuk saya, suami dan pembantu.

“Kini, suami saya sudah pulang ke rumah, semua ini berkat doa anda yang Allah makbulkan,” tulis Eina.

Pada 31 Ogos yang lalu, Eina atau nama sebenarnya, Ainur Syakina memaklumkan, dia, suami dan dua pembantu rumah disahkan positif COVID-19.

Bagaimanapun, anak kembar, Arianna Aubrey dan Karl Kareef, 5, serta kakaknya, Weny Azman beb

Leave a Reply