Genap 26 hari pemergian arwah isteri, kata-kata Shuib buat ramai tersentuh

Hebahkan !!!

TANGGAL 9 Ogos 2021, industri hiburan tanahair dikejutkan dengan pemergian penyanyi terkenal iaitu Allahyarham Siti Sarah Raissuddin.

Terbaru, Shuib berkongsi video pendek memperlihatkan dirinya pergi menziarahi kubur isteri tercinta.

Tertera tajuk pendek, ‘Boleh jumpa cuma lain suasana’ tulis Shuib ringkas di akaun Instagram peribadinya

Berdasarkan video pendek dikongsikan di Instagram, Shuib yang mengenakan baju melayu berwarna hitam berkunjung ke Tanah Perkuburan Islam Sungai Pusu, Gombak untuk ziarahi kubur Allahyarham isterinya, Siti Sarah Raissuddin.

Walaupun hanya menulis kapsyen ringkas, namun maksud ayat itu sangat menyentuh hati setiap pembaca. Dari video tersebut juga terlihat wajah sayu Shuib seakan menahan rindu terhadap isteri tercinta.

Di ruangan komen, kebanyakan netizen dan rakan artis turut bersedih selain turut mendoakan Shuib dan anak-anaknya diberi ketabahan menempuhi hari-hari mendatang.

(Klik link di bawah untuk video penuh)

Leave a Reply