Hilang 3 hari, kanak-kanak 3 tahun ‘survive’ hanya minum air lumpur

Hebahkan !!!

SEORANG kanak-kanak berusia 3 tahun dilapor hilang selama tiga hari di dalam hutan tebal di Australia, kini ditemui dalam keadaan selamat.

Memetik laporan Daily Star, mangsa yang dikenali sebagai Aj Elfalak, hilang selepas keluar bermain di kawasan anak sungai berhampiran rumahnya, ditemukan selepas berjaya dikesan oleh pasukan helikopter polis yang membuat tinjauan udara.

Menurut sumber, kanak-kanak itu berjaya ditemui ketika sedang meminum air lumpur di lopak yang ditemuinya setelah sesat di hutan kira-kira 500 meter daripada tempat asal dia dilapor bermain.

Jurucakap polis pula memaklumkan, Aj Elfalak hilang dari rumah keluarganya di kawasan luar bandar di New South Wales 3 September lalu dan ditemukan semula 6 September hasil gerakan mencari dan menyelamat yang dilancarkan oleh pihak berkuasa setelah menerima laporan.

“Pada mulanya, ahli keluarga dan rakan terdekat bertindak mencarinya di kawasan sekitar rumah namun, usaha tersebut sama sekali tidak berhasil sebelum mereka memutuskan untuk melaporkan kepada pihak polis.

Sementara itu, menerusi rakaman diambil dari helikopter memaparkan kanak-kanak itu sedang duduk di anak sungai cetek hanya 500 meter dari rumahnya dan dia dipercayai sedang minum air berlumpur.

Ibu kepada mangsa, Kelly dilaporkan pengsan selepas pasukan kecemasan menjelaskan yang anaknya sudah berjaya ditemui selamat.

Pasukan Operasi Khas, Gerry Pyke berkata, ketika ditemui tubuh badan kanak-kanak meninggalkan kesan luka pada kaki, gigitan semut dan ruam berikutan lampin pakai buang yang dipakainya.

Leave a Reply