Transfomasi Parlimen, Termasuk Had Penggal PM Dan 7 Perkara Lain

Hebahkan !!!

10 SEPT: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, hari ini mengumumkan tujuh tawaran transformasi Parlimen dan pentadbiran kerajaan termasuk meminda Perlembagaan Malaysia bagi menghadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada 10 tahun.

Ismail Sabri berkata, kerajaan juga komited bentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Lompat Parti dan pindaan Perlembagaan bagi membolehkan Undi18 dilaksanakan.

Katanya lagi, kerajaan juga bersetuju untuk memberikan Ketua Pembangkang saraan dan kemudahan yang setara
dengan seorang menteri.

“Keseimbangan keanggotaan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen melibatkan Ahli Parlimen Kerajaan dan Ahli Parlimen Pembangkang.

“Setiap Rang Undang-Undang termasuk Rang Undang-Undang Perbekalan yang dibentangkan di Parlimen akan dirunding dan dipersetujui secara bersama.

“Ahli parti pembangkang akan dilibatkan dalam Majlis Pemulihan Negara (MPN) untuk memberikan pandangan dan cadangan penambahbaikan,” jelasnya dalam satu kenyataan media hari ini.

 

Pnbbc portal.

Leave a Reply