SPRM, RoS Dan LHDN Perlu “PENJENAMAAN” Dan di ‘RESET” Segera

Hebahkan !!!

 

Sejak kebelakangn ini, terlalu banyak persoalan timbul berkenaan agensi-agensi kerajaan dan karenah mereka.

Paling tidak boleh diterima , kebelakangan ini adalah dakwaan dan andaian pegawai-pegawai tinggi mereka ikut telunjuk dan kemahuan ahli politik tertentu didalam Tindakan agensi mereka dan bukan bertindak atas kapasiti tugas agensi dan tanggungjawap.

Agensi agensi ini dikatakan bukan sahaja pegawai-pegawai tinggi mereka kononnya telah ikut telunjuk dan kemahuan ahli politik tertentu, bahkan pegawai-pegawai tingginya cenderong menyokong parti-parti tertentu.

Sepatutnya mereka utamakan professionalisma dan SoP tugasan dan bukan kecenderongan menyokong ahli politik kepartian.

Tulisan berkenaan hal ini kami bangkitkan , atas sebab mengambil kira insiden-insiden terbaru yang muncul.

Antaranya,

  • isu Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) dan UMNO
  • Isu Datuk Seri Najib dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
  • Isu Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia dengan kes Datuk Ehsanuddin

Amat malang sekali , bila kita lihat, agensi kerajaan seolah-olah telah menjadi alat pihak tertentu perguna untuk menjatuhkan pihak lawannya.

Mengambil kira kes-kes diatas isu RoS misalnya, ia dilaporkan Tindakan untuk mempersoalkan kedudukan parti UMNO atas sebab ada pihak dari parti lawan yang mahu mengubahkan kepimpinan UMNO demi survival politik pihak mereka.

Maka atas sebab ini, UMNO dikatakan mesti menjalani pemilihan agar Hasrat puak-puak tertentu boleh dicapai.

Dillaporkan pihak penentang Presiden UMNO amat takut dengan kuasa sedia ada pada Presiden UMNO yang mampu menyingkirkan nama nama mereka-mereka yang jelas menjadi alat parti pihak lawan.

Kemudian , kes terbaru berkenaan isu percukaian mantan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan keluarganya.

DSNR terpaksa membuat laporan Polis berkenaan kes cukainya.

Sudahlah percukaian tidak ikut prosidur dan “guideline” agensi sendiri, bahkan ada laporan yang diperolehi DSNR , ada Pegawai-pegawai LHDN yang bertindak atas kehendak pihak pihak tertentu yang bermotif politik.

Percukaian tidak dibuat atas dasar “right to taxed” tapi atas dasar mahu pekenakan DSNR supaya dikenakan bengkrapsi untuk melumpuhkan kerjaya politiknya.

Jika seorang yang bertaraf mantan Perdana Menteri teranaya dan boleh dipedajalkan , kita tidak tahu apa akan jadi pula pada individu bertaraf biasa biasa seperti kita sendiri.

Lihatlah betapa bahayanya kuasa agensi jika diperkosakan oleh orang politik untuk kepentingan mereka.

Pada hal SPRM dan kes membabitkan Datuk Ehsanuddin ketika beliau menjadi ahli Lembaga Pengarah Felda pula, setelah hidupnya merana dan disukarkan , akhirnya kesemua kesnya digugurkan atas sebab ketiadaan bukti yang kukuh.

Amat pelik, tidakkah sepatutnya SPRM mendakwa setelah miliki bukti yang kukuh terlebih dahulu? Dan bukan sebaliknya?

Dari apa yang terjadi, kami telah pun membuat rumusan , bahawa episod ini terdapat ‘signature’ individu tertentu dan pihak tertentu yang suka bermain persepsi mendakwa pemimpin UMNO untuk memburukkan UMNO sahaja untuk menjayakan kempen melabelkan UMNO “kleptokrat” dan rasuah.

Sama ada kemudian kes akan digugurkan atau sebaliknya ia perkara kedua.

Persoalan besar disini adalah hal pegawai-pegawai agensi-agensi yang tebabit dalam urusan masing-masing seperti diatas.

Nama dan institusi yang mereka wakili sudah sangat-sangat tidak diyakini dan diragui.

Rakyat seolah-olah melihat tidak boleh diiharapkan sangat.

Ada kes terlalu popular tapi mereka tidak bertindak.

Ada kes sama tapi ada yang kena Tindakan, dan yang tidak kena pula.

Ini semua seolah-olah tiada buku “standard” untuk dirujuk bertindak.

Seolah-olah bertindak ikut kecenderongan poitik.

Kata-kata seperti “kalua orang umno yang buat , laju sahaja mereka bertindak” sudah menjadi lazim di Medsos.

Begitu juga dengan kata-kata “mesti tak akan kena” jika merujuk kepada kes babit individu tertentu.

Jika sudah begini kata-kata luahan rakyat dan netizen, maka amat sesuai kesemua agensi ini dirombak dan di ‘Reset” untuk membersihkan jenama-jenama ini supaya rakyat dan seluruh dunia Kembali yakin kepada kerajaan Malaysia dan pelabur akan berani meletakkan wang mereka untuk melabur.

Leave a Reply