Duta Singapura Bertemu Najib Razak, Akitek Ekonomi Malaysia

Hebahkan !!!

Oleh :Sirajuddin Ahmad

Jika dilihat pada laporan akhbar Singapura yang baru beberapa jam sahaja disiarkan, kita dapat merumuskan Kerajaan Singapura seolah-olah tahu sesuatu yang pihak media Malaysia tidak tahu, atau pun tidak di izin untuk lapor.

Jika semalam Datuk Seri Najib ada menyiarkan gambar bersama Duta Besar Singapura Vanu Gopala Menon yang telah membuat kunjungan berjumpa dengannya, pagi ini pula sebuah Media Singapura telah membuat laporan bahawa Perdana Menteri Malaysia, Datuk Ismail Sabri telah membuat tawaran untuk melantik Datuk Seri Najib sebagai Penasihat ekonomi kerajaan.

Satu perkara yang kita perlu tahu berkenaan laporan dari media Singapura ini, mereka jarang sekali silap atau tersasar.

Banyak perkara yang mereka lapor adalah dari sumber orang media Malaysia  yang tidak dapat menulis diplatform sendiri atas sebab larangan editor atau faktor-faktor lain.

Jika diambil kira Nazri Aziz juga ada membuat “hint” bahawa PM ke 9 perlu lantik Najib dan ambil pengalamannya untuk perbaiki ekonomi negara.

Tentu sekali Nazri Aziz membuat kenyataan “feeder” untuk melihat respon terhadap cadangan tersebut.

Apapun yang dilaporkan ,sama ada betul Perdana Menteri telah membuat tawaran atau lamaran, ia masih belum disahkan secara total oleh kedua belah pihak.

Datuk Seri Najib juga tiada  membuat sebarang kenyataan berkenaan tawaran itu.

Untuk makluman, Duta Singapura bertemu dengan Datuk Seri Najib atas sebab mereka “pre-empt” andainya jika DSNR benar dilantik atau menerima tawaran Perdana Menteri , sebagai Penasihat Ekonomi kerajaan, maka mereka telah bertemu dengan “Right person to deal with”.

Singapura pernah berada didalam keadaan “bersaing” dengan malaysia ketika DSNR menjadi Perdana Menteri.

Salah satu dari hasil kerja DSNR yang memberi impak pesaingan kepada Singapura adalah “Rapid Pangerang”.

Selain itu, East Coast Rail Link (ECRL) juga menjadi pesaing kepada Ekonomi Singapura atas sebab wujudnya satu ‘Landbridge” laluan delivery dari Pelabuhan Kuantan ke Pelabuhan Klang.

Maka apa-apa yang dipunggah oleh kapal di Pelabuhan Kuantan hanya perlu menggunakan ECRL untuk menghantar ke Pelabuhan Klang dan tidak perlu lagi melalui Pelabuhan Singapura.

Begitulah DSNR yang Singapura kenal sebagai Akitek Ekonomi Malaysia yang sebenar disamping tiada kepentingan peribadi.

Maka desas desus sama ada tawaran jawatan Penasihat Ekonomi kerajaan dari Ismail Sabri kepada DSNR itu benar atau tidak , itu tidak penting dan kami di My-News.Online percaya DSNR berkemungkinan tidak akan mahu membebankan diri dengan jawatan singkat yang berjangkamasa pendek kerana ianya tidak dapat merubahkan apa-apa keadaan secara drastik

Leave a Reply