Daiyan Trisha Idamkan Lelaki Kelakar, Beradab & Setia

Hebahkan !!!

 

Mengakui masih belum mempunyai teman lelaki, pelakon dan penyanyi Daiyan Trisha belum mempunyai perancangan untuk berkahwin dalam masa terdekat.

Usianya kini sudah mencecah 28 tahun, Daiyan bekata dia kini mahu memberi fokus pada kerjaya terlebih dahulu dan bakal keluarkan single terbaru tidak lama lagi.

“Saya masih single, tak ada plan nak kahwin dalam masa terdekat pun, nak fokus kerja dulu. Mungkin akan terus keluarkan single terbaru kot,” katanya.

Berkongsikan ciri-ciri lelaki idamannya, Daiyan berkata dia sukakan lelaki yang kelakar dan paling penting seorang yang setia.

“Ciri-ciri yang saya cari mestilah yang kelakar, pandai, soft spoken, bercita-cita, beradab dan setia. Saya memang tak suka lelaki yang sejenis follow ramai perempuan di Instagram dan suka lika gambar perempuan lain,” katanya.

Leave a Reply