TH catat untung bersih setengah tahun pertama, RM1.22 bilion

Hebahkan !!!

SYAHIDI BAKAR

SEJUMLAH RM1.22 bilion keuntungan bersih dicatatkan Lembaga Tabung Haji (TH) bagi tempoh enam bulan pertama setakat 30 Jun 2021 lalu.

Nilai keuntungan dicatat itu menurun dua peratus berbanding RM1.25 bilion hasil keuntungan diraih dalam tempoh sama pada tahun lalu.

TH dalam kenyataannya memaklumkan, nilai keuntungan bersih selepas perbelanjaan dan zakat mengalami penurunan berikutan kejatuhan hasil pelaburan harta tanah berikutan keadaan pasaran serba mencabar akibat pandemik Covid-19 seluruh dunia.
dunia.peb

“Sebahagian besar pendapatan diperoleh daripada pelaburan pendapatan tetap yang telah menyumbang sebanyak RM942.6 juta dalam tempoh setengah tahun pertama yang merangkumi 62 peratus daripada jumlah pendapatan kasarnya.”.

Pelaburan saham pula menyumbang RM219.9 juta dalam tempoh semakan, mencatatkan peningkatan berbanding RM184.2 juta pada tempoh yang sama pada tahun lalu.

Pelaburan ekuiti menyumbang 14 peratus daripada jumlah keseluruhan pendapatan, manakala pelaburan harta tanah memperoleh pendapatan sebanyak RM174.7 juta, diikuti pelaburan pasaran wang dengan pendapatan RM161.8 juta.h+

Kedudukan kewangan TH terus kekal kukuh dengan aset berjumlah RM85.92 bilion melebihi liabiliti berjumlah RM83.73 bilion pada 30 Jun 2021.

Pada 30 Jun 2021, jumlah deposit di TH berjumlah RM81.14 bilion, iaitu paras tertinggi sejak penubuhannya, 58 tahun lalu. TH mempunyai 8.3 juta pendeposit bagi tempoh sehingga 30 Jun 2021. – BebasNews

Kenyataan penuh kewangan TH adalah seperti berikut:

Leave a Reply