Penggunaan bahan kitar semula, keunikan Olimpik Tokyo

Hebahkan !!!

SUKAN Olimpik Tokyo melabuhkan tirainya 8 Ogos lalu mempertandingkan sebanyak 342 acara dalam 33 jenis sukan dengan penyertaan 206 negara bagi merebut pingat untuk negara masing-masing.

Temasya berprestij setiap empat tahun sekali ini menjadi salah satu acara memiliki keunikan tersendiri apabila Jepun memutuskan untuk menggunakan barang kitar semula bagi menjayakan Olimpik tahun ini. Ia termasuklah pembuatan pingat dan katil dikitar semula.

Perkara paling mendapat perhatian adalah penciptaan kreatif katil yang disediakan apabila ia dibuat 100% daripada kadbod dan mampu menpung berat hampir 200 kilogram sehingga mendapat perhatian daripada golongan alam sekitar.

Namun, disebalik keunikan katil itu, muncul pula tindakan tidak bertanggungjawab beberapa atlet Israel yang bertindak merosakkan katil kadbod itu bagi membuktikan sama ada katil itu kukuh atau tidak.

Dalam video tular itu, atlet pasukan besbol Israel, Ben Wenger serta lapan lagi rakannya melakukan tindakan ekstrim dengan melompat di atas katil tersebut menyebabkan ia rosak. Padahal, katil tersebut akan digunakan kembali oleh atlet Paralimpik yang bakal turun pada bulan depan.

Katil yang digelar anti-maksiat itu oleh kerana mahu mengelakkan daripada aktiviti persetubuhan antara atlet dilihat hampir hancur selepas mereka mahu menguji kekuatan katil kadbod itu.

Wenger melalui video tersebut berkata bahawa katil tersebut mendapat banyak pertanyaan dari kalangan atlet sama ada ia kukuh ataupun tidak dan mereka mahu menguji berapa banyak orang diperlukan untuk memecahkan katil tersebut.

Banyak pertanyaan mengenai tempat tidur di Olympic Village, jadi hari ini kita akan memeriksa dan melihat berapa ramai orang yang diperlukan untuk memecahkan salah satu tempat tidur kadbod ini.

Menurut Vocket, pada mulanya Wenger sahaja yang memulakan lompatan sebelum disertai oleh rakannya yang lain. Aksi mereka terhenti apabila katil tersebut rosak selepas lapan daripada mereka melompat secara serentak.

Aksi yang dibuat oleh atlet Israel itu sememangnya mendapat keceman Netizen juga berang kerana katil itu juga akan digunakan bagi atlet Paralimpik kelak, namun dihancurkan oleh mereka.

Dalam video yang tular itu, atlet pasukan besbol Israel, Ben Wenger serta lapan lagi rakannya melakukan tindakan ekstrim dengan melompat di atas katil tersebut menyebabkan ia rosak. Padahal, katil tersebut akan digunakan kembali oleh atlet Paralimpik yang bakal turun pada bulan depan.

Leave a Reply