Najib Sergah Tommy Thomas

Hebahkan !!!

Oleh : Sirajuddin Ahmad

Posting menarik Datuk Seri Najib kali ini berkenaan beliau menyergah dan memperli bekas Peguam Negara Tommy Thomas (TT)

DSNR menyindir sama ada TT mahu menjelaskan kedudukan dimana  Lembaga Badan Pencegah Rasuah Malaysia yang telah  menuduh TT tidak telus , tidak professional dan lebih menjurus kepada politik, khususnya politik menguntungkan DAP.

Dalam “smash” yang dibuat oleh DSNR terhadap TT , DSNR telah memberitahu secara lazimnya semua Peguam Negara akan meneliti setiap kes yang diserah kepada mereka, dan kemudian hanya akan membuat keputusan pendakwaan jika kes itu memberi peratusan tinggi sehingga 90% untuk menang didalam perbicaraan dimahkamah.

Tapi sebaliknya, lain pula dengan cara yang diambil oleh TT.

Menurut DSNR hampir 100% kes perlucutan hak oleh TT Ketika menjadi Peguam Negara telah menemui kekalahan.

Maka, jelas kes-kes yang dilaksanakan bukan berdasarkan ‘ada kes” tetap lebih kepada penyalahgunaan kuasa serta campur tangan politik dalam perundangan.

Perkara penyalahgunaan kuasa Ketika Pakatan Harapan memerintah sememangnya perkara lazim dan biasa.

Maka amat sepatutnya lah Siasatan DiRaja (RCI) perlu diadakan atas perakuan Tommy Thomas sendiri yang ditulis dalam bukunya sendiri.

Tommy Thomas juga boleh memberi keterangan pada mahkamah jika RCI diadakan.

Tentu kita smua masih ingat bagaimana Ketika Pakatan Harapan memerintah , mereka telah menguggurkan sejumlah hampir Lima belas kes-kes mereka sendiri.

Atas sebab badan pemantau perakra-perkara seperti ini telah tidak wujud lagi Ketika Tommy Thomas menggugurkan kesemua kes kes itu maka tiada apa-apa siasatan atau follow-up diadakan.

Ironinya, pihak yang menguggurkan banyak kes sendiri seperti Pakatan Harapan ada lah pihak yang berlagak “holier than thou” kepada pihak lain.

Lihat sahaja kes contoh seorang pemimpin Pakatan Harapan didapati dalam keadaan kompromi dengan pasangan sejenis didalam sebuah bilik hotel , lepas begitu sahaja.

Banyak juga kes-kes lain yang boleh dijadikan contoh tentang betapa hipokritnya pemimpin Pakatan Harapan pimpinan Tun Mahathir , termasuk dari Bersatu yang didedahkan oleh Datuk Seri Najib.

 

 

 

Leave a Reply