Seludup lipan hidup, pegawai MAQIS terkejut

Hebahkan !!!

TINDAKAN menyeludup lipan hidup bukan sahaja aneh malah mengejutkan Penguatkuasa Jabatan Perkhidmatan Kuarantin & Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Johor tidak menyangka bungkusan yang dibawa penumpang feri dari Batam, memberikan ‘kejutan besar’ kepada mereka.

Apa tidaknya, sebaik saja bungkusan itu dibuka, ternyata isinya lain daripada kebiasaan, dipenuhi kira-kira 1,000 ekor lipan hidup cuba diseludup menerusi Terminal Feri Stulang Laut, kira-kira jam 1 petang kelmarin.

Ini merupakan kes pertama penyeludupan lipan ditemukan oleh pihak MAQIS negeri setakat ini.

“Kesemua lipan hidup dibawa masuk oleh lelaki berusia sekitar 30-an itu adalah untuk dijadikan makanan ikan dan dianggarkan bernilai RM1,750.

“Ini kes pertama seperti ini akan disiasat  bawah Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728) kerana melakukan pengimportan tanpa permit, lesen atau perakuan yang dikeluarkan di bawah akta ini,” kata Maqis dalam kenyataan, di sini.

Jika disabitkan kesalahan, pesalah boleh didenda tidak lebih RM100,000 atau dipenjara tidak lebih enam tahun atau kedua-duanya dan bagi kesalahan kedua atau berikutnya, didenda tidak melebihi RM150,000 atau dipenjarakan tidak lebih tujuh tahun atau kedua-duanya sekali.

Leave a Reply