Lelaki tua berhobi pelik akhirnya ditangkap polis

Hebahkan !!!

SEORANG lelaki tua di Jepun ditangkap kerana disyaki mencuri lebih daripada 700 helai pakaian dalam wanita dari pelbagai kedai dobi.

Kegiatan suspek Tetsuo Urata, 56, itu terbongkar selepas dia ditangkap mencuri 6 pasang seluar dalam milik seorang pelajar 21 tahun di sebuah mesin dobi di wilayah Oita, lapor Abema TV.

Ketika polis menggeledah kediamannya, mereka terkejut apabila menemui kira-kira 730 pakaian dalam yang disimpan.

Urata bagaimanapun telah mengaku melakukan perbuatan tersebut kepada pihak berkuasa, kata Yahoo Japan News.

Gambar dikeluarkan pihak polis menunjukkan beratus-ratus helai seluar dalam dan coli yang dibentangkan di lantai.

“Kami tidak pernah melakukan rampasan pakaian dalam banyak seperti ini selama bertahun-tahun sebelumnya, kata jurucakap jabatan polis Beppu kepada Abema TV.

Tidak dapat dipastikan berapa banyak kedai dobi yang menjadi sasaran Urata dan sudah berapa lama kegiatan tersebut dilakukannya.

Sementara itu, berita mengenai ‘hobi pelik’ lelaki berkenaan tersebar di media sosial dan orang ramai tertanya-tanya punca mendorong suspek melakukan perbuatan tersebut. – India.com

Leave a Reply