Kerabu Beronok, menu perlu dirasai bila bercuti ke Langkawi

Hebahkan !!!

SYAHIDI BAKAR

ANTARA menu makanan unik warga penduduk Langkawi, ialah kerabu beronok yang seringkali dijadikan pelengkap dalam hidangan laut untuk seisi keluarga.

Beronok atau sea cucumber dihidangkan mentah sambil direncahkan dengan ulaman sepert daun kesom, taugeh, timun, bunga kantan dan diperah limau, pastinya akan memikat selera sesiapa ingin merasai hidangan ala-ala eksotik ini.

Apa yang unik dan berbezanya hidangan Kerabu Beronok ialah spesis timun laut ini hanya didapati di pantai Langkawi secara bermusim terutamanya ketika menjelang tengkujuh dan ia boleh dikutip di tepi pantai setelah dihanyutkan arus.

Habibat Beronok dikatakan telah wujud di sepanjang perairan Pulau Langkawi dan gugusan 99 pulau kecil disekelilingnya dan hidupan ini tergolong dalam keluarga gamat yang sememamgnya banyak terdapat di Pulau Lagenda itu.

Cara penyediaannya pula hanya mencuci hingga bersih dan digaul dengan ulaman segar beserta gula dan garam secukup rasa.

Selain enak dimakan, Kerabu Beronok juga mempunyai banyak khasiat terutama untuk kesihatan kaum lelaki seperti menambah tenaga dan melancarkan peredaran darah.

Leave a Reply