Perang Antara Kartel PKR DiNegeri Sembilan.

Hebahkan !!!

 

Apakah yang sedang terjadi dengan politik Negeri Sembilan waktu ini?

Jika kita sangka kerajaan Pusat tidak tenteram dan bergolak sentiasa , rupanya diperingat negeri juga bergolak semacam.

Sudah sekian lama kami di My-News.Online menerima pelbagai cerita berkenaan kapal bahtera Negeri Sembilan sedang bergolak dipukul badai.

Mungkin pergeseran kini sudah sampai kemuncak dan hanya menunggu untuk karam ditelan lautan sahaja.

Sudah menjadi “open secret” perang antara Anwar Ibrahim dan Azmin Ali ataupun perang  antara dua kartel sesama mereka semakin panas.

Diketahui bahawa Menteri Besar dua negeri yang dipimpin oleh parti PKR adalah “orang kuat” Azmin, iaitu Negeri Sembilan dan negeri Selangor.

Dan hal ini tidak menyenangkan team Anwar.

Mereka-mereka yang proAnwar dikatakan bermusuhan dengan Menteri Besar Aminudin Harun dikatakan telah bersekongkol dengan UMNO untuk menumbangkannya.

Pegawai khas Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Romli Ishak berkata kerja-kerja “kotor” ini telah bermula sebaik sahaja parti PKR memerintah Negeri Sembilan pada tahun 2018.

Pergeseran sesama PKR ini digelar perang antara kartel Azmin dan Anwar juga membabitkan parti UMNO.

Datuk Romli juga menyatakan isu sebenar tidak lari dari hal projek, jawatan dan pangkat dan kini menjadi lebih parah kerana berlawan pengaruh.

Namun, bagi Anwar Ibrahim pula, beliau menyatakan bahawa ramai tidak puas hati dengan kepimpinan Aminudin Harun dan ramai juga telah menandatangani SD menyatakan tidak menyokong kepimpinan Aminudin.

Mereka-mereka yang tergolong dalam puak yang tidak puas hati adalah ketua-ketua cabang dan sayap-sayap parti  PKR, kata Anwar.

Jelas sekali , masalah semua ini bukan atas hal kesejahteraan rakyat , tapi hal dalaman parti merebut kedudukan antara dua kartel.

Sambil satu kartel berpihak kepada Azmin , satu lagi berpihak kepada Anwar.

Maka ,apa yang Anwar cuba lakukan adalah menyingkirkan proksi-proksi Azmin dan saki baki nya.

Sambil itu, Azmin pasti tetap akan pertahankan Kawasan dan pengaruhnya demi survival politik.

Untuk makluman, kedudukan Azmin didalam parti Besatu juga menghadapi masalah Bersama pesaing Faizal Azumu dan Hamzah Zainuddin.

Bemakna, dimana sahaja ada Azmin Ali pasti ada pergolakan , termasuklah dalam kerajaan pusat yang kini tidak tenteram.

Leave a Reply