Pendedahan Najib Berkenaan Xavier Justo, Mahathir Pasti Tidak Berani Sangkal.

Hebahkan !!!

 

Seperti lazimnya, Datuk Seri Najib Razak bercerita dengan detail berkenaan hal belakang tabir pada laman Facebook nya ,dan entri terbaru kali ini berkenaan Xavier Justo. (XJ)

XJ yang pernah bertemu dengan Tun Mahathir Ketika mereka bersekongkol untuk mengenakan Datuk Seri Najib untuk melakar ‘story board” 1MDB.

Malah dipercayai salah seorang suruhan Mahathir yang sangat pendiam juga pernah dihantar ke Thailand untuk bertemu XJ bagi mendapatkan maklumat dari XJ demi untuk merekayasa cerita 1MDB.

Untuk makluman , talibarut Tun Mahathir juga sanggup membayar jutaan ringgit bagi mendapat dokumen dan e-mail tentang urusan Petrosaudi bagi melakarkan kisah 1MDB.

Walau berbagai dakwaan dan tuduhan dibuat terhadap DSNR , harus diingat, satu bukti dari dokumen dan E-mail yang dibeli itu tidak pun dijadikan bahan bukti.

Ia sekadar untuk mengetahui sesuatu dan mendapt ilham bagi mencipta andaian dari kisah “original” sahaja.

Samalah juga dengan kisah “audio” yang barua Tun Mahathir Lateefa Koya dedahkan kepada seluruh rakyat Malaysia.

Bualan yang memakan masa hampir puluhan minit hanya mampu diedit dan disiarkan untuk beberapa saat sahaja kerana bualan sepenuhnya terdapat bukti dan pengesahan yang DSNR tidak berbohong dalam kenyatannya.

Itu lah sebabnya pendakwa tidak berani dedahkan “full conversation” dan juga tidak dibawa kemahkamah untuk jadi bahan bukti.

Setelah didedah, sebaliknya pihak pembela pula yang menuntut dibawa kedalam mahkamah dan pihak pendakwa pula menghalang.

Ini kerana untuk mengesahkan bualan audio , pembela dapat tunjukkan kepada rakyat Malaysia, walaupun Najib Razak adalah Perdana Menteri, namun ada orang lain yang menguasai agensi dan mengarah mengintip Perdana Menteri sendiri.

Siapakah “orang” yang sentiasa menguasai kehakiman, kepolisian dan lain-lain walaupun dia bukan ‘PM?’

Soalan ini untuk interpretasi pembaca sendiri.

Berbalik kepada kisah diatas berkenaan XJ, Najib mendedahkan dilaman facebook nya betapa hubungan intim antara Tun Mahathir dan konspirator kisah 1MDB.

Najib juga mendedahkan siapa itu Kamal Sidiqqi yang menjadi orang tengah supaya XJ boleh menjual data dan maklumat kepada Clare Brown dan Sarawak Report.

Rupanya Kamal adalah orang yang memasang lif dirumah Mahathir dan telah berkenalan lama dengan Tun Mahathir.

RM270 juta pernah diberi kepda Kamal atas arahan Mahathir pada tahun 2010 sebagai geran Proton untuk prototype kereta elektrik, namun lesap begitu sahaja.

Tapi, seperti biasa , jika ia babit kroni Mahathir tiada akan ada apa-apa Tindakan atau susulan seperti kes Zeti juga.

Pada kisah tentang e-mail dan dokumen yang dibayar juta juta untuk mengenakan Najib , akhirnya sekeping pun tidak dibawa sebagai bukti, sebaliknya ada pula bukti mereka berpakat untuk mencari jalan menipu DSNR dan bukti mereka cuba menyorok nmaklumat dari DSNR.

“As an email between Mahony and Obaid reveals, they were exchanging ideas on how to explain the situation to Najib. It was decided that they would hide from him the fact that 1MDB would have to take a US$500 million loss. Instead, they would impress upon Najib how important it was for 1MDB to quickly invest another US$500 million with them.”

Akhirnya, satu demi satu terdedah dan terlondeh.

Kami pasti Tun Mahathir dan panglima perangnya tidak berani untuk menyanggah DSNR.

Mereka hanya mampu menempelak dan perlekeh sahaja, tapi tidak akan mampu menjawap DSNR kerana Bersama DSNR adalah kebenaran.

Sudah beberapa kali Tun Mahathir dibogelkan dilaman Facebook Najib tapi Tun Mahathir tidak berani bidas.

Ambil contoh DSNR dedahkan Tun Mahathir “waive” cukai syarikat POGH yang mana DSNR sindir ada sahamkah dalam syarikat kroni? lalu Tun Mahathir diam seribu Bahasa.

Kemudian DSNR menyindir tentang harta Tu Mahathir yang diletak atas nama Kadir Jassin, juga panglima tua Tun Mahathir tidak mampu counter lalu tutup ruang komen “for friends only”.

Nampaknya satu persatu kebenaran muncul , menafikan penipuan.

Benarlah kata orang “apabila kebenaran muncul, kebahtilan tenggelam”.

(sila rujuk laman Fb DSNR )

Leave a Reply