Pelakon didakwa terjebak kes buli

Hebahkan !!!

NAMA pelakon drama D.P yang kini hangat ditayangkan dalam Netflix, Son Seok-gu tercemar dengan dakwaan mengaitkannya terlibat kes buli, seperti didedahkan seorang individu baru-baru ini.

Individu itu mengakui pernah menyaksikan Seok-gu melakukan perbuatan buli ketika zaman persekolahannya di Daejeon.

“Son Seok-gu berdepan mangsa yang lemah dan membuli mereka.

“Ketika itu, sekolah tiada peraturan pencegahan salah laku, jadi mereka cuba menyembunyikan fakta sebenar.

“Saya terkejut dengan insiden tersebut. Tapi kali ini saya mendedahkan perkara yang berlaku kerana tidak mahu menjadi sekadar pemerhati,” dakwa individu itu dalam sebuah komuniti dalam talian.


SALAH SATU BABAK DALAM D.P YANG KINI SEDANG HANGAT DI NETFLIX

Tampil menjelaskan dakwaan membabitkan artis naungannya, agensi Saetbyeoldang Entertainment menafikan sekeras-kerasnya tuduhan tidak berasas tersebut.

“Itu tuduhan palsu dan kami dalam proses mengambil tindakan undang-undang,” ujarnya.

Seok-gu lahir pada 1983 memulakan debut dalam industri menerusi filem Scarlet Innocence pada 2014.

Menerusi D.P pula, Seokgu memegang watak sebagai Lim Ji-seob.

Leave a Reply