KWP masih teruskan IWBB di Kuala Lumpur

Hebahkan !!!

SYAHIDI BAKAR / Pix

SETAKAT ini belum ada sebarang rancangan Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) untuk membatalkan program dekat di hati rakyat, Inisiatif Wilayah Bebas Berniaga (IWBB) yang diperkenalkan sebelum ini.

Menterinya, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, pihak KWP masih akan meneruskan program sedia ada yang dilancar di bawah menteri terdahulu Tan Sri Annuar Musa.

Sebaliknya kata beliau, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan terus membuat pemantauan dan penambahbaikan terhadap program peniaga jalanan itu demi untuk kebaikan bersama.

“Segala perubahan hanya akan diumum dari senasa ke semasa dan tanpa meminggirkan mana-mana pihak memerlukan dalam waktu sukar ini,” katanya dalam sidang media selepas menyerahkan MYFood@Wilayah di Taman Desa, hari ini.

MYFood@Wilayah atau bakul makanan adalah antara inisiatif diwujudkan KWP untuk meringankan beban rakyat golongan sasar yang terkesan akibat pendamik Covid-19.

Sementara itu Shahidan menjelaskan, buat masa ini, semua polisi yang baik serta mencapai objektifnya untuk rakyat, akan diteruskan meskipun berubah kerajaan.

Katanya, polisi IWBB ini baik dan harus ditetuskan selain penambahbaikannya pula akan diumum dari semasa ke semasa.

“Bila sampai masa (tarikh luput) sekali pun kita akan teruskan dan jika berlaku pertukaran kerajaan, tidak wajar untuk menjejaskan polisi yang baik.

“Semua kerja-kerja baik telah dibuat oleh rakan-rakan sebelum ini, Ku Nan (Tengku Datuk Seri Adnan Tengku Mansor), Tan Sri Annuar Musa akan diteruskan dan bersama dengan timbalan saya, kami akan teruskan dengan hebat,” katanya.

Leave a Reply