PM didesak ubah 2 perkara diputuskan – Zamil sindir Ismail Sabri

Hebahkan !!!

SYAHIDI BAKAR

BEBERAPA keputusan dibuat Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah menerima tentangan daripada pelbagai pihak yang nyata kurang senang dengan tindakan dilakukan oleh Perdana Menteri ke-9 itu.

Tentangan dan luahan rasa kecewa bukan sahaja datang daripada orang politik malah turut sama disindir oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menyesali beberapa keputusan dibuat oleh Naib Presiden UMNO itu.

Timbalan Presiden Kelab Penyokong Penyatuan Ummah, Zamil Ibrahim menerusi salah satu entri videonya, mendesak Ismail Sabri atas kapasitinya sebagai PM mengubah dua keputusan diambil sebelum ini.

“Perdana Menteti didesak megubah 2 perkara ini dengan segera. Pertama, kembali semula nama kerajaan ini kepada Kerajaan Perikatan Nasional 2.0 dan bukan Keluarga Malaysia. Ini penting dan bagi mengelak rakyat terkeliru dengan kerajaan mentadbir ketika ini

“Perkara kedua, keputusan PM melantik bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin jadi Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) yang bertaraf Menteri, ini adalah tidak betul.

“Sepatutnya Ismail Sabri kena umumkan beliau (Muhyiddin) dilantik sebagai Pengerusi MPN yang bertaraf Perdana Menteri, itu baru betul dan setaraf dengan PM,” katanya menerusi klip video berdurasi lebih 2 minit dimuat naik ke Facebook peribadi Zamil Ibrahim.

(klik link untuk lihat video penuh)

Desakan Zamil itu dipercayai bertujuan menyindir Ismail Sabri di atas keputusan beliau membawa semula Muhyiddin ke dalam jentera pentdbiran kerajaan apabila dilantik menjadi Pengerusi MPN.

Keputusan perlantikan itu mendapat kecaman bertali arus daripada pelbagai pihak termasuklah netizen yang menyifatkan keputusan tersebut itu tidak produktif sama sekali kerana melantik individu yang terbukti gagal untuk menerajui satu jabatan penting ke arah fasa pemulihan negara selepas penularan pendamik COVID-19.

Leave a Reply