Kes Ahmad Zahid Hamidi , Sebuah Kes Persepsi Politik

Hebahkan !!!

 

Oleh : Sirajuddin Ahmad

Ramai juga yang bertanya apa kah jika yang dipanggil mengadap Tun Mahathir adalah Hishamuddin Hussein, Khairy Jamaluddin, Ismail Sabri atau Annuar Musa, apakah hasil atau ”outcome” pertemuannya akan sama juga?

Atau, mungkin individu yang nama-nama tersebut diatas akan akur atau akan sujud kepada kehendak Tun Mahathir untuk membubarkan UMNO?

Sehingga ini ditulis , tidak pernah ada klu klu apa mereka akan jawap kepada Tun Mahathir jika disuruh bubar UMNO.

Semua mereka yang nama tersenarai diatas tidak ada “Presidential material” atas sebab tiada keberanian atau “political will” untuk melawan atau berlaga dengan Tun Mahathir.

Sehingga waktu ini pun tidak Nampak menyergah Tun Mahathir, yang sah menjadi musuh UMNO dan Orang Melayu.

Apa yang kita dapat saksikan pada hari ini adalah dua watak yang berani melawan kehendak Tun Mahathir iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Ahmad Zahid Hamidi.

DSNR enggan akur meminta dana politik ikut cara tradisi UMNO dari taikun-taikun yang rapat dengan Tun Mahathir.

DSZH pula enggan bubar UMNO.

Maka atas sebab itu , kes-kes direka untuk mengenakan mereka berdua.

Dalam kata mudah kes penganayaan politik.

Kembali kita kepada nama-nama yang mesra Bersatu seperti diatas, jangan lah mereka atau penyokong berlebihan menyerang Presiden UMNO atau mantan Presiden atas sebab pemimpin yang mereka sokong belum diuji denga apa yang DSNR dan DAZH lalui.

Adakah Hishamuddin sanggup bubar UMNO? Khairy? Annuar? Atau Ismail Sabri, sanggupkah?

Apakah kes ‘Landswap MINDEF” tidak akan direka untuk Hishamuddin? Sama ada buat atau tidak,  salah atau tidak itu perkara nombor dua, yang penting kena hadapi kes dimahkamah dan digelar “Kluster Mahkamah”  terlebih dulu.

Begitu juga dengan yang lain-lain.

Kes KBS boleh direka untuk Khairy, tidak kiralah jika pihak lain yang lakukan, sila jawap untuk bersihkan diri, dan dalam waktu sama, ambil dulu title “Kluster mahkamah’,  kes bangunan MARA pula untuk Annuar dan kes lama terhadap Ismail Sabri juga boleh direka.

Kembali kita kepada topik diatas, perkembangan terkini kes yang terbabit DAZH . amat meragukan, jika itu yang kita oleh sebut.

Selain beberapa saksi mewakili pendakwa menafikan yang disoal , ia juga menampakkan beberapa saksi turut berpihak kepada DAZH.

Dalam sesi terakhir, Peguam Zahid juga turut menyarankan klausa undang-undang yang memberi hak kepada DAZH untuk diberi imuniti dan digugurkan pendakwaan terhadap anak guam nya.

 

Lihat hujah peguam DAZH –

“Pelajar undang-undang jenayah akan memberitahu kita bahawa tidak berlaku CBT kerana YAB masih mengekalkan hak milik ketika dana sampai akaun anak guam Lewis & Co. Kesimpulan yang dapat dibuat adalah bahawa terdapat motif di sebaliknya semasa mengemukakan pertuduhan ini.

 

“Tertuduh dikenakan pertuduhan secara tidak wajar bukan berdasarkan undang-undang atau bukti. Sekali lagi, perkara yang betul harus dilakukan ialah pihak pendakwaan menarik balik tuduhan CBT apabila jelas tidak ada CBT …Anak guam saya didakwa tidak berdasarkan undang-undang atau bukti,” katanya.

Hisyam berpendapat bahawa bukan untuk kepentingan umum apabila seseorang yang dituduh secara tidak wajar atau salah.

Kita ketepikan tentang teknikaliti kes ini, apa yang kita hendak bincangkan, ada lah tentang kenapa kes diujudkan.

Motif apa DAZH dikena kan kes ini?

Adakah sebab dia enggan bubar UMNO?

Sedangkan ada banyak lagi kes yang wujud tapi tidak dibicarakan seperti kes penuh pembuktian seperti kes Sandakan-Semburit dan juga kes wang 1mdb di akaun bekas Gabenor Bank Negara.akhir

Atas sebab kepentingan siapa kes tidak berani dibuka dan dibahas dimahkamah?

Akhir kata ,tidak salah dan tidak keliru bagi mereka-mereka yang mahu berkata, kes Datuk Ahamd Zahid Hamidi adalah kes rekaan dan kes bermotif politik sahaja.

Pertuduhan terhadap Zahid perlu digugurkan – Peguambela — My NEWS ONLINE (my-news.online)

Leave a Reply