Gesaan Siasat Skandal RM3 Billion 1BestariNet Oleh Isham Jalil Sangat Wajar

Hebahkan !!!

Barisan Nasional melalui salah seorang wakilnya Isham Jalil memberitahu bahawa Skandal 1BesariNet yang membabitkan wang rakyat sejumlah RM3 billion harus disiasat.

Gesaan ini susulan pendedahan yang telah dibuat oleh bekas Menteri Pelajaran Maszlee Malik.

Isham Jalil yang menjadi Pengarah Penerangan Barisan Nasional  Selangor mendakwa pendedahan oleh Maszlee sangat serius dan harus diadakan siasatan segera dalam bentuk badan khas atau pun Siasatan DiRaja. (RCI).

Dari maklumat yang diperolehi, projek bertaraf mega itu ditawarkan dan telah dimulakan pada tahun 2011 ketika mantan Perdana Menteri Tan Seri Mahiaddin Yassin  masih menjadi Menteri pelajaran.

Ia dilaksanakan secara berperingkat mengikut fasa dan menelan belanja RM3 billion dengan kontrak Bersama YTL Communication Sdn Bhd.

YTL juga sebuah syarikat yang amat diketahui sangat rapat dengan Tun Mahathir .

Dakwaan Maszlee projek yang kononnya untuk platform pembelajaran bagi guru guru dan pelajar serta ibu bapa sering dianggap sebagai satu kegagalan dan pembaziran , selain menyusahkan para guru.

Isham Jalil juga berharap kerajaan dapat membuka kes ini atas sebab ianya tidak pernah disitihar sebagai “tiada kes” dan harus disiasat kemana wang itu pergi kata Isham.

Namun , dakwaan lain yang juga perlu disiasat adalah apabila Maszlee menyatakan dia diarah untuk meletak jawatan apabila enggan meneruskan projek itu.

“Jika apa yang dikatakan olh Maszlee adalah benar maka pasti ada sesuatu yang tidak kena” ujar Isham Jalil.

Semua pengakuan hal berkenaan ini ada tertulis pada buku memoir Maszlee yang berjudul “Memori Bukan Memoir”.

Maka sah dan nyata pemimpin kerajaan Pakatan Harapan penuh skandal terutamanya dari parti Bersatu,

Cuma bezanya mereka melindunginya dan bemain dengan kisah kes mahkamah pemimpin UMNO untuk berselindung dan menggabui mata rakyat.

Selain itu, mereka tidak didakwa dan diseret kemahkamah.

Maka amat wajarlah saranan Isham Jalil sujaya kerajaan hari ini membuka kes yang disebut oleh Maszlee Malik dengan kadar segera.

Leave a Reply