Fendy Bakry Tanya ,Sertai tabligh untuk berhijrah atau hanya kandungan media sosial?

Hebahkan !!!

KUALA LUMPUR – Pelakon Fendy Bakry menegur artis yang telah cuba berhijrah dengan mendekatkan diri kepada agama dengan menyertai jemaah tabligh.

Katanya, penghijrahan yang dilakukan sepatutnya diselarikan dengan perubahan diri.

Ini kerana jelas beliau, ada yang tiba-tiba menunjukkan aurat kepada masyarakat padahal telah menyertai ghast yang merujuk kepada istilah ‘ziarah rumah ke rumah’ yang selalunya dilakukan oleh jemaah tabligh untuk menyampaikan dakwah.

“Dah keluaq 3 hari kan?? Pastu ada niat nak ke-40 hari pulak yea dak?? Makanya selaraskan penghijrahan tersebut.. Apa yang dikatakan selaraskan.. baik dari agama, amalan dan sifat..itu namanya penghijrahan..

“Bukannya bila dah ghast sana sini alih2 pusat lutut jugak yang di tunjuk.. aurat pun jaga la…Kalau la aku yang baru belajar nie.. belum smpi rasanya untuk ghast, salah fahaman rosak akidah orang,” luahnya menerusi satu posting di akaun Facebook miliknya.

Sementara itu, pelakon berkenaan turut berpesan supaya mereka yang melakukan penghijrahan supaya membetulkan niat masing-masing.

“Cukup untuk permulaan aku ikut seperti lembu pun xpa.. Asalkan aku punya peluang untuk belajar.. makanya betulkan niat.

“Masih ramai agamawan yang punya pegangan quran dan hadis berbanding motivasi… betulkan niat dan jangan hanya sekadar content,” ujarnya. – MalaysiaGazette

Leave a Reply