Berita gembira dari Kerajaan Keluarga Malaysia Yang DiTunggu Rakyat

Hebahkan !!!

BARU sahaja rakyat bergembira dengan pemberian Bantuan Khas Covid-19 (BKC) yang diberikan, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan satu lagi khabar gembira.

Dimaklumkan Kerajaan Keluarga Malaysia di bawah pimpinan beliau akan mengumumkan pelbagai lagi bantuan lain kepada rakyat bermula bulan depan iaitu pada Oktober.

Rakyat sentiasa menanti-nantikan pengumuman rasmi yang akan membawakan kegembiraan kepada seluruh masyarakat di negara ini.

Menurut laporan media, Menteri Kewangan,Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menyatakan bahawa kerajaan akan mengagihkan pelbagai bentuk bantuan yang dirancang sehingga hujung tahun ini.

Antara bantuan yang akan diagihkan kerajaan ialah Bantuan Prihatin Rakyat fasa 3 berjumlah RM2.32 bilion yang akan disalurkan pada akhir bulan ini dan bantuan kehilangan pendapatan pada Oktober.

Dalam keadaan yang sukar ini, bantuan merupakan satu perkara penting bagi memastikan setiap individu terkesan dapat menampung kehidupan mereka sebelum keadaan menjadi pulih seperti sedia kala.

Bagi mereka yang kehilangan mata pencarian terutama yang dibuang kerja dan peniaga kecil, ini merupakan perkara yang ditunggu-tunggu bagi memberi sedikit nafas untuk menyara kehidupan sendiri dan keluarga.

Pada Isnin, BKC mula disalurkan kepada penerima secara berperingkat bagi membantu meringankan beban rakyat yang terkesan akibat Covid-19.

© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Leave a Reply