Tamatkan kekeliruan mengenai pendirian ‘Tolak Anwar, Tolak DAP’, Azalina beritahu Umno

Hebahkan !!!

PETALING JAYA: Umno mesti menangani kekeliruan di peringkat akar umbi berhubung kerjasama dengan pembangkang yang dilihat bertentangan dengan dasar “Tolak Anwar, Tolak DAP” yang diperkenalkan pada perhimpunan agungnya (PAU), kata seorang ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT).

Ahli Parlimen Pengerang Azalina Othman Said berkata, mudah bagi Ahli Parlimen untuk berurusan dengan pihak pembangkang tetapi rasionalnya mesti disampaikan dengan jelas kepada penyokong di lapangan.

“Kekeliruan itu akan lebih dirasai bahagian-bahagian (parti) yang telah jelas mengenai pendirian ‘Tolak Anwar, Tolak DAP’, tetapi sekarang tiba-tiba ada sisi lain,” katanya kepada FMT.

Leave a Reply