Isu tarik balik tuduhan rasuah BOD Felda, alasan dikemuka SPRM mengejutkan

Hebahkan !!!

SURUHAMJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjelaskan keputusan menarik balik 29 pertuduhan rasuah terhadap bekas ahli lembaga pengarah FELDA Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid oleh pihak pendakwaan, berasaskan fakta dari siasatan lanjut.

SPRM dalam kenyataannya memberitahu perkara itu bermula apabila tertuduh mengemukakan representasi dan pernyataan pembelaannya di
bawah Seksyen 62 Akta SPRM 2009 semasa perbicaraan telah berlangsung.

Kenyataan sama menyebut, susulan daripada itu SPRM telah menjalankan siasatan lanjut berkenaan pembelaan terbabit.

“Berdasar dapatan terkini menerusi keterangan baharu yang dikemukakan, tertuduh berjaya membuktikan bahawa beliau telah membayar balik wang yang didakwa sebagai rasuah itu sebelum siasatan dimulakan.

“Saksi utama kes turut mengesahkan perkara tersebut sebagai wang pinjaman,”kata kenyataan itu.

SPRM berkata, pihaknya telah merujuk kembali kes berkenaan kepada Pejabat Peguam Negara dan diputuskan perbicaraan tidak diteruskan berdasarkan perkembangan terbaharu siasatan tersebut dan keputusan itu dibuat kerana keterangan saksi utama tidak konsisten.

Pihak pendakwaan telah memaklumkan kepada Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur berhubung penarikan balik kesemua 29 pertuduhan itu, semasa prosiding perbicaraan kes di hadapan Hakim Suzana Hussin pada 21 Mei 2021,” menurut kenyataan.

Terdahulu, media melaporkan Transparency International Malaysia (TI-M) meminta SPRM menjelaskan kenapa kes rasuah terhadap suspek Ehsanuddin ditarik balik.

Sumber – FMTź

Leave a Reply