Babi bintangi siri drama 100 hari, disembelih untuk hidangan tuannya

Hebahkan !!!

KALBI, seekor babi yang membintangi siri drama 100 hari, dipercayai telah dimakan oleh pemiliknya.

Ramai peminat siri drama itu mengucapkan terima kasih kepada Kalbi kerana telah
mengajar mereka erti nilai kehidupan.

Kalbi atau ‘babi mini’ yang comel jadi popular setelah dipaparkan melalui satu domentasi kehidupannya setiap hari dalam rangkaian video YouTube, kononnya telah dibunuh untuk dimakan oleh pemiliknya.

Menerusi satu perkongsian video saluran YouTube bertajuk ‘Babi Dimakan setelah 100 hari’ pemilik Kalbi menyiarkan video dirinya bermain dengan kalbi, membawanya bersiar dan memberinya makanan kegemaran
bahkan turut merayakan hari istimewanya.

Sejak awal siri video Kalbi disiarkan, pemiliknya telah menngaku akan membunuh Kalbi, atau digelar Karu-sama pada hari ke 100 sejak dibawa pulang.

Jadi, pada 1 September (Rabu) lalu ialah hari telah ditakdirkan Kalbi disembelih untuk dagingnya dijadikan hidangan yang menyelerakan bagi pemiliknya.

Lebih menghayat hati penonton, apabila pemilik Kalbi melampirkan label amaran di awal siri ke 100 hari dengan pesanan sesiapa yang “lemah hati” berhati-hati menonton video tersebut, seolahnya telah menjangkakan komen sedih bakal diterima dari penonton yang mengikuti penuh minat kisah hidup 100 hari kalbi.

Video ini dimulai intro melankolik yang memaparkan perbezaan ketara sisi hidup seekor babi tibggal bersama manusia dan selebihnya berkisarkan plot serta adegan ketika Kalbi masih hidup disertai dengan lagu rancak dan kehidupan ceria.

Sipemilik ini kali pertama memfilemkan dirinya dengan membelai Kalbi, sementara Kalbi pula menyondol tuannya menggunakan hidungnya seperti biasa.

Lelaki ini kemudian meletakkan Kalbi di dalam sangkar haiwan peliharaan, sebelum memandu membawa Kalbi ke suatu lokasi. Tidak lama kemudian individu lain datang bawa kadbod dan masukkannya ke bagasi.

YouTuber kemudian memaparkan adegannya mengambil babi yang telah diproses dari abator dan dibawa ke dapurnya. Saiz babi tersebut kelihatan sama dengan Kalbi.

Setelah membasuh dan merencahnya dengan minyak zaitun, lada dan beberapa perasa lain, lelaki itu memanggang seluruh babi di atas api secara terbuka.

Sebelum memotong hirisan daging babi itu lelaki tersebut menunjuk isyarat tangan seperti kebiasaan dilakukan orang Jepun sambil mengucapkan “Itadakimasu” iaitu ucapan selamat sebelum makan dan tanda terima kasih.

Ketika berita ini ditulis, video Babi Dimakan Setelah 100 Hari, itu telah pun menerima lebih daripada 19,000 like berbanding hanya 4,700 tidak sukainya.

Leave a Reply