MAJLIS PEMULIHAN NEGARA PATUT FOKUS COVID-19 SAHAJA – FUAD

Hebahkan !!!

MAJLIS PEMULIHAN NEGARA PATUT FOKUS COVID-19 SAHAJA.

Oleh : Mohd Puad Zarkashi

Menurut sumber, semalam TS Muhyiddin main golf di “The Mines”. Mungkin meraikan beliau yang baru dilantik Pengerusi Majlis Pemulihan Negara.

Sudah pasti ahli PPBM amat gembira. Eloklah rakan rakan rapat meraikannya dengan main golf.

Rakyat memang tidak teruja dengan perlantikan Muhyiddin. Tidak banyak ucapan tahniah diterima. Lebih banyak sinis daripada pujian.

Apa pun rakyat masih tertunggu tunggu apa “term of reference” Majlis ini. Apakah ia ada kuasa eksekutif? Harap PM jelaskan segera kekaburan ini.

Sepatutnya Majlis ini fokus kepada memerangi Covid-19 sahaja. Semoga Muhyiddin boleh bekerja dengan KJ. Jangan ada ego pula sesama mereka.

Soal ekonomi dan kesejahteraan rakyat biar pihak lain yang buat. Banyak sangat kerja pun takut hilang fokus dan “gagal” lagi.

Leave a Reply