Mahathir Cerita Tentang  “Perdana Menteri Jutawan”, Tapi Tak Cerita Tentang  “Gabenor Bank Jutawan”

Hebahkan !!!

 

Oleh : Sirajuddin Ahmad

Hari ini banyak juga tersebar berkenaan kata-kata “hikmat” Tun Mahathir berkenaan derma yang diberi kepada bekas Perdana Menteri.

Didalam blog CheDet Tun Mahathir menulis pada entrinya bertarikh 6 haribulan September ,  berkenaan derma Arab dibawah tajuk “Perdana Menteri Jutawan “.

Maka pelbagai nasihat dan petunjuk ditulis oleh Tun Mahathir.

Tapi, Mahathir adalah Mahathir, apa yang ditulis selalunya tidak sama dengan apa yang dia sering amalkan.

Malah, apa yang ditulis adalah lebih kepada “record purposes” yakni sebagai rekod didalam sistem yang beliau pernah bercakap tentang itu.

Haikatnya, tiada kebenaran , tidak bawa erti dan sekadar mahu mengalih perhatian sahaja.

Sebagai seorang pemimpin yang gagal mengenal pasti individu yang ada didalam Video intim hubuhgan sejenis , kata-kata Tun Mahathir hanya untuk menyepak bola kebahagian gelanggang lawan sahaja.

Semua orang tahu, sedang hangat waktu ini adalah isu bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar  dan siasatan Polis terhadap kes wang RM100 juta 1MDB/TIA masuk kedalam akaun suaminya di Singapura.

Kebanyakan netizen sudah tahu akan latar belakang isu ini melalui laporan yang banyak berkenaannya di Medos dan diBlog-blog.

Itulah yang netizen dan rakyat bertanya.

Usah Lah Tun Mahathir sibuk tentang wang didalam akaun bekas Perdana Menteri hanya sebab dia membeli aset milik kroni menjadikan milik rakyat.

Sambil itu wang masuk kedalam akaun Bekas Gabenor Bank Negara tidak pula Mahathir berani untuk komen, perli atau sindir., malah diberi lagi macam-macam jawatan tinggi dalam kerajaan.

Sekurang-kurangnya bekas Perdana Menteri sedang didakwa dan dibicarakan dan kedua Tun dan Bekas Gabenor takut untuk menjadi saksi utama.

Malah, lebih parah apabila bekas Perdana Menteri itu menuntut untuk mendedahkan akaun Bekas Gabenor didalam mahkamah, macam-macam pula rintangan dan halangan yang dia hadapi.

Antara sebab kata-kata Tun Mahathir tiada hikmat dan tiada nilai lagi dan hanya sesuai untuk pentaksub sahaja adalah jika pelaku sesuatu isu kerabat dan kroni Tun memberi gelar  perbuatan itu sebagai “offsest” seperti kes AirAsia , namun jika kes sama itu dilakukan oleh orang UMNO, maka ia digelar “rasuah” sama seperti kes Tengku Adnan.

Tun Mahathir juga suka kepada “Kleptokrat” dengan menjemput mereka masuk kedalam parti Bunga yang kini digelar “kluster Katak”

Tok Pa dan Mas Emiryati sebagai contoh.

Maka, kata-kata Tun Mahathir “lack moral value” hanya sekadar mengalih perhatian sahaja kepada tumpuan rakyat yang kini mahu lihat silap mata apakah yang bakal terjadi kepada kes berprofil tinggi bekas Gabenor yang terkenal sebagai kroninya.

Adakah akan berulang lagi hari “Tekejut” disambut lagi di Malaysia?

Leave a Reply