Diharap PM Tidak Heret UMNO Jika Kerajaan Gagal

Hebahkan !!!

Oleh: Sirajuddin Ahmad

Selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang lalu, beberapa bulan awal sebelum Mei 2018, seluruh jentera UMNO dan ahli UMNO berada dalam keadaan yang sangat murung dan amat kecewa.

Lumpuh segalanya.
Pejabat-pejabat UMNO serta dewan milik parti di seluruh negara sunyi sepi dan mati seolah-olah tiada nyawa.
Ini kita faham, atas sebab sekian lama hampir 60 tahun ahli-ahli UMNO dan pemimpin mereka telah terbiasa menjadi kerajaan dan sudah sebati dengan kemewahan .
Tiba-tiba sahaja keadaan berubah dan UMNO pertama kali jadi pembangkang dan bukan lagi sebagai kerajaan.
Presiden mereka selama 60 tahun lebih telah menjadi Perdana Menteri, kini buat pertama kali dalam sejarah yang ”unprecedented” Presiden mereka tiada kuasa Perdana Menteri.
UMNO dan ahli-ahli mereka tergamam dan tidak biasa dengan kedudukan ini.
Keadaan bertambah murung dan kusut kerana selepas UMNO dan Barisan Nasional (BN) tumbang pada PRU14, UMNO dan parti komponennya bertambah kalah lagi apabila tewas lima kali berturut-turut pada PRK.
Kemudian tanpa disangka-sangka, UMNO dan BN buat “come back” lalu mencatat 7 kali menang “back to back” dari 7 PRK.
Kemenangan hasil kebijaksanaan pemimpin ‘tertentu” berganding tangan dan bermuafakat dengan parti PAS.
Disitulah segalanya bermula.
Ahli UMNO mula bersemangat dan kembali berpusu-pusu penuhkan dewan mesyuarat UMNO.
Sebenarnya, ketika menang di Cameron Highland pun sudah terlihat ahli UMNO sudah mula Kembali kepada UMNO.
Hanya yang kesetiaan mereka terhadap UMNO senipis kulit bawang sahaja yang meloncat kepada parti Bersatu mengejar habuan.
Ketika kemenangan awal UMNO dan Barisan Nasional, masih tidak juga terlihat wajah-wajah pemimpin UMNO yang tertentu.
Mereka masih lagi berada didalam gua bersembunyi dan ada yang ber”holiday”
Mungkin sangkaan mereka kemenangan hanya “flash in the pan” sahaja, namun sebaliknya ia kemenangan berterusan sehingga tujuh PRK.
Kini, ringkaskan cerita , hasil parti PAS sekongkol dengan Bersatu dan mula menikmati kemewahan kedudukan dan jawatan, UMNO juga terpalit sama.
MP-MP UMNO yang tidak Nampak batang hidung mereka Ketika UMNO tewas kini menjadi pemain politik percaturan pula.
Mereka pula yang menjadi talibarut pihak lawan untuk menjatuhkan Presiden sendiri dan juga setuju UMNO menjadi setaraf dengan parti Bersatu.
Parti yang mencuri ahli MP UMNO pula yang mereka hendak UMNO sujud.
Ini semua atas sebab dapat habuan kedudukan dan jawatan.
Akhirnya, salah seorang dari MP UMNO dilantik menjadi Perdana Menteri atas persetujuan pihak lawan.
Pedana Menteri yang naik atas tiket kompromi datangnya dari UMNO mengetuai dalam kerajaan “Keluarga Malaysia’.
Persoalan, jika Perdana Menteri ini gagal dalam mengurus kerajaan adakah UMNO  dikira telah gagal juga?
Tindakan Perdana Menteri melantik kluster gagal dari kerajaan Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional tidak disenangi oleh ramai ahli bawahan UMNO dan juga rakyat.
Tambah lagi pula, yang dilantik dari kalangan pemimpin UMNO pula majoritinya datang dari “kluster anti-Presiden”.
Pasti ahli UMNO akan marah jika parti UMNO tidak dapat manfaat dari jawatan Perdana Menteri , tapi nama parti tercalit sebagai jenama gagal atas sebab salah Langkah Perdana Menteri.
Maka, diharap sangatlah , Perdana Menteri dari UMNO mesti “beneficial” juga kepada UMNO selain membawa manfaat kepada rakyat.
Kerana jika gagal, jenama UMNO bakal terseret sama dengan kegagalan itu.

Leave a Reply