Lantik Muhyiddin terajui MPN timbulkan reaksi negatif terhadap kerajaan

Hebahkan !!!

IDIHAYS. SB

SENARIO politik semasa yang agak tenang selepas tindakan berdamai bersama blok pembangkang bagi menumpu usaha melawan COVID-19 dan menjaga kebajikan rakyat, nampaknya tidak lama mampu bertahan.

Keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melantik Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) daripada individu yang dianggap cukup kontroversi ketika ini, dijangka memberikan impak negatif terhadap pentadbiran kerajaan.

Sebagaimana diketahui umum, Tan Sri Muhyiddin Yassin bukanlah figura disenangi kebanyakkan pemimpin dan parti politik utama, malahan beliau sendiri dilihat menjadi liabiliti terhadap runtuhnya kerajaan Pakatan Harapan (PH) selepas 22 bulan dan rebahnya Perikatan Nasional (PN) berjangka hayat cuma 17 bulan memerintah.

Kini, keputusan membawa beliau kembali dalam bahtera kerajaan lalu belayar aman dan tenteram, sama sekali tidak akan terjadi, sebaliknya realiti  perlu didepani ketika ini ialah pukulan ombak dan badai yang tidak bertepi, malah datangnya dari pelbagai sisi, kanan dan kiri hinggakan sukar lagi menakhodakan jentera pentadbiran.

Pelbagai nada nyaring didengari sebaik sahaja nama Perwakilan Pagoh ini diumumkan mengisi jawatan Pengerusi MPN yang dianggap penting ke arah membebaskan Malaysia daripada risiko mengancam nyawa akibat bahana COVID-19.

Adakah Ismail Sabri gagal menghidu ancaman  bakal didepani beliau dan keseluruhan Kabinet Kerajaan hanya kerana memilih individu sasaran kebencian musuh?. Atau ini adalah satu daripada ‘underground agreements’ di antara kedua pihak untuk pelan peralihan kerajaan sebelum ini?.

Apapun andaian dibuat, natijahnya seolah jelas terlihat bahawa kerajaan akan berdepan tempoh lebih sukar setelah membawa bersamanya ikon tidak digemari kawan dan lawan.

Awal-awal lagi Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menyifatkan bahawa, keputusan PM melantik Muhyiddin sebagai suatu yang sangat mengejutkan banyak pihak.

Katanya, bekas PM ke-8 itu bukan sahaja gagal menguruskan respons negara dalam melawan COVID-19, malah tidak mampu mengurus aspek  kesihatan, ekonomi mahupun pendidikan ketika memegang tampuk pemerintahan negara.

“Muhyiddin bertanggungjawab atas segala penderitaan rakyat ketika ini. Beliau bertanggungjawab melaksanakan darurat, kononnya bertujuan memerangi COVID-19, realitinya pendamik jadi lebih serius di akhir darurat,” kata Saifuddin seperti dilaporkan Sinar Harian.

Selain Saifuddin, pelbagai pihak turut mengecam perlantikan tersebut disifatkan sebagai satu kesilapan membawa individu telah terbukti gagal untuk menerajui jabatan sepenting MPN itu.

Namun, paling menarik dan pastinya lebih panas berkenaan ahli politik yang pernah digelar ‘Abah’ ini ialah pendedahan Dr. Maszlee Malik, bekas Menteri Pendidikan zaman pemerintahan PH, di dalam buku terbarunya, “Memori Bukan Memoir”.

Dr. Maszlee yang telah diarah memulang semula jawatan disandang kerana mengganggu projek Kementerian dianugerah kepada kroni sehingga menimbulkan kemarahan Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) ketika itu.

Projek 1BestarNet yang dimonopoli sepenuhnya  YTL Communication Sdn. Bhd. dalam menyedia kemudahan Internet ke semua sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) seluruh negara, bukan sekadar mengenakan caj mahal sebaliknya akses dan capaian internet jauh dari keperluan sepatutnya.

Dalam permasalahan itu, ternyata antara kroni dan keperluan pendidikan rakyat, pemenangnya adalah kroni dengan laba politiknya dihirup manis oleh pelaku politik yang seringkali mendogmakan perkataan “Keutamaan Rakyat” sebagai perisai meneruskan kelangsungan politik peribadinya.


BUKU TERBARU DIHASILKAN DR MASZLEE MALIK

Beraneka isu politik peribadi, pertindihan kuasa berkepentingan dan permusuhan panjang dalam kalangan pemimpin politik yang menerajui parti dengan pemilik nama, Muhyiddin Yassin, adalah satu percaturan silap untuk mengendong beban dicipta si pelaku ke bahu kerajaan semasa.

Sebelum lantikan bertukar menjadi beban hingga mampu menghumban kerajaan lalu tersungkur ke tanah, adalah tepat  Pak Long Mail mengubah keputusan dibuatnya dan meredakan ketegangan politik kepada perkara tidak perlu. Fokus kepada keperluan rakyat dan persiapan untuk PRU15, itu lebih perlu!.

Leave a Reply