Ketua Penerangan Barisan Nasional (Selangor) Ulas Perlantikan Muhyidin Sebagai Pengerusi MPN

Hebahkan !!!
Ulasan dari Pengerusi Penerangan Barisan Nasional ini kami petik dari laman Facebook nya:-
Tafsiran rakyat biasa berkenaan kenyataan kerajaan tentang pelantikan Muhyiddin sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara:
1. Jemaah Menteri “baru” lantik ketua Jemaah Menteri “lama” untuk jadi pengerusi majlis pemulihan krisis yang selama ini dia gagal pulihkan.
2. Pelantikan ini dimaklumkan sahaja kepada SPB YDP Agong (tetapi tidak pasti sama ada kerajaan tunggu perkenan Baginda atau tidak).
3. Pelantikan ini dibuat kerana Jemaah Menteri yang baru yakin bahawa bekas ketua Jemaah Menteri yang dilantik ini (yang jatuh kerana gagal dahulu) tiba-tiba kini boleh berjaya pulihkan ekonomi dan keluarkan negara dari krisis.
4. Kerajaan “baru” ucapkan tahniah kepada ketua kerajaan “lama” yang dilantik di mana kerajaan “baru” sekarang pun dulu sama-sama ada di dalam kerajaan “lama” yang gagal tersebut.
……..
Ulasan saya:
Saya harap kerajaan tidak ambil mudah maklumbalas rakyat termasuk akar umbi UMNO seperti di atas.
Kerajaan hari ini adalah lebih kurang sama kandungannya dengan kerajaan gagal sebelum ini, hanya Perdana Menteri sahaja yang bertukar.
Sebelum ini saya pernah kata untuk ubah dasar kita perlu ubah pembuat dasar. Kini pembuat dasar tidak banyak berubah, oleh itu bolehkah diharap yang dasar-dasar akan berubah?
Apa yang Tan Sri Muhyiddin boleh buat berlainan dengan apa yang dibuatnya 17 bulan selama dia jadi Perdana Menteri sebelum ini yang dia telah gagal menangani krisis COVID-19 sehingga terpaksa letak jawatan sebagai Perdana Menteri dan ditukar?
Jika kerajaan hari ini ikut perangai kerajaan sebelum ini dan dasar-dasarnya pun tidak berubah, yang akan kena getah dan dipersalahkan adalah UMNO. Dan yang lebih penting lagi rakyat yang akan menanggung kesannya.
Jika kerajaan hari ini tidak ubah dasar-dasarnya kepada yang lebih baik, saya akan terus tegur.
Salam,
ISHAM JALIL
4 September 2021

Leave a Reply