Isu Cukai Mohamad Nizar , Sebelum Ini Memang Bermotif Politik – Najib.

Hebahkan !!!

Oleh : Sirajuddin Ahmad

Kiraan pembayaran cukai yang dikenakan terhadap anak kepada Datuk Seri Najib selama ini ternyata bermotif politik.

Seperti lazim dengan perangai kerajaan Tun Mahathir dengan sekutunya DAP apa apa yang dilakukan adalah politik dan persepsi sahaja.

Baik dari segi pendakwaan kes kes terpilih mengenakan Datuk Seri Najib dan orang UMNO mahu pun hal percukaian.

Pelaku dalam hal sama seperti Mas Emiryati dan Datuk Muatapa Muhamad tidak lansung didakwa tapi Datuk Sharir Samad dan Datuk Ahmad Maslan didakwa pula.

Pelajar perundangan pun mungkin pening kepala jika mahu ambil teladan pada kes kes dan perkara perkara seperti ini.

Bekenaan isu percukaian yang dikenakan terhadap keluarga Datuk Seri Najib , ia hanya sebahagian ploy dari kerajaan Pakatan Harapan untuk menambahkan “wow” faktor supaya rakyat membenci DSNR dan keluarga.

Mengumum jumlah cukai yang banyak supaya masyarakat akan timbul perasaan benci tanpa mereka mengetahui perincian dan perkiraan nya.

Ini sama dengan rampasan harta dari kediaman DSNR , ia diumum banyak supaya rakyat dapat meluah perasaan benci lalu menyebut “wah banyaknya harta curi”.

Namun ternyata semua tiada bukti untuk dikaitkan walaupun telah diwar warkan harta dari wang 1MDB dan melepasi tempoh 2 tahun untuk pendakwa mencari bukti.

Mari kita lihat kenyataan Datuk Seri Najib berkenaan pembayaran semula cukai dan “settlement”  anak nya Mohamad Nizar yang dipersetujui oleh Pesuruhjaya Cukai.

Ini dipetik dari laman Facebook Datuk Seri Najib :-

Tajuk berita semalam.
Ini Salah: Anak Najib setuju bayar tunggakan cukai RM13.16 juta.
Ini Benar: Anak Najib rekod perintah persetujuan bayar tunggakan cukai
Pada 31 Mei 2021, anak saya Mohamad Nizar bersetuju untuk menyelesaikan kes cukai tambahan dengan LHDN
LHDN tuntut RM13.16 juta tetapi apa yang akhirnya dipersetujui antara LHDN dengan anak saya pada bulan Mei ialah satu jumlah yang jauh, jauh, jauh lebih rendah – sekaligus membuktikan bahawa angka-angka yang dikenakan ke atas anak saya oleh LHDN masa PH adalah sangat melampau dan bermotif politik.
Setelah pembayaran penuh dibuat (dan juga akibat beberapa penangguhan tarikh mahkamah akibat PKP yang tak habis-habis), penyelesaian kes ini direkodkan secara rasmi dalam mahkamah semalam sebab ianya sudah jadi kes mahkamah sebelum ini.
Namun, angka sebenar yang dibayar tidak boleh didedahkan secara umum sebab ada syarat sulit yang diletak oleh pihak LHDN.
Kita tak bantah sekiranya LHDN mahu dedahkan jumlah penyelesaian sebenar.

Leave a Reply