Dilema Akar Umbi UMNO Terhadap Perdana Menteri Bernama “Ismail Sabri”

Hebahkan !!!

Oleh : Sirajuddin Ahmad

Perlantikan Datuk Seri Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri keSembilan sebenarnya mendatangkan banyak kekeliruan kepada ahli UMNO diperingkat akar umbi.

Pada awalnya mereka gembira.

Kemudian lain pula jadinya.

Ramai dari ahli akar umbi seolah-olah berbelah bagi dalam pendirian mereka.

Mereka tergolong dalam beberapa kategori.

Ada yang memilih untuk “wait and see” ada juga yang sudah pun awal-awal menyerang Perdana Menteri UMNO ini atas sebab percaya dia ada perjanjian sulit dengan parti Bersatu dan ada juga  golongan yang terus menyokong.

Dalam pada itu, ada juga golongan yang menunggu ‘lead” dan “signal” dari Presiden dan mantan Presiden sebelum membuat sesuatu pendirian.

Apakah jika Ismail Sabri gagal , maka UMNO juga gagal atas sebab Ismail Sabri masih terus melantik pemimpin bertaraf baju “bundle”?

Namun, pendirian paling sesuai dan elok diambil adalah selepas 100 hari kata setengah ahli UMNO.

Apapun KPI 100 Hari berdasarkan hasil kerja untuk negara  sahaja.

Ramai akar umbi mahu DSIS dinilai juga hasil kerjanya “untuk” UMNO dan “demi” UMNO.

Apa faedah dan manfaat yang UMNO dapat dengan berPerdana Menterikan Ismail Sabri?

Jika parti Bersatu dapat banyak manfaat dari Perdana Menteri mereka , seperti tidak ambil Tindakan mahkamah kepada banyak kes, menambahkan dakwaan kepada pemimpin UMNO , dapat menggangu UMNO dengan RoS dan LHDN, jadi apa pula faedah UMNO akan dapat dari Perdana Menteri UMNO?

Umumnya ramai akar umbi melihat anggota kabinet pilihan Ismail Sabri dari pemimpin UMNO adalah mereka yang anti Presiden dan mesra Bersatu.

Mereka percaya DSIS seperti dikawal ataupun mendapat kepercayaan pihak musuh atas sebab sudah ada suatu perjanjian sulit.

Maksud “musuh” disini adalah termasuk Menteri UMNO yang berkiblatkan Besatu.

Ramai juga percaya apabila isu RoS Kembali muncul adalah datang dari puak ini.

Mereka sangat khuatir apabila RoS telah umumkan kedudukan “status quo” untuk pemilihan UMNO seperti dinyatakan oleh Datuk Ahmad Maslan, ini dilihat telah membunuh rancangan mereka untuk gulingkan Presiden sendiri kerana kuasa menandatangan perlantikan menjadi calon pilihanraya masih lagi milik Presiden yang mereka tidak suka.

Mereka mereka ini tidak perlu sembunyi belakang RoS atau SPRM kerana ahli-ahli akar umbi sudah sedia maklum siapa mereka dengan peneyebaran nama-nama mereka digrup grup MEDSOS.

Nama-nama mereka akan muncul secara terbuka jika ada pemilihan parti jika mereka Berjaya hasut RoS.

Kembali kepada isu diatas, buat waktu ini ahli-ahli masih dalam dilema sama ada mahu mnyokong atau berdiam diri melihat lagak dan gaya Perdana Menteri UMNO bawah tawanan Besatu ini.

Hanya perkara-perkara seperti mendakwa pemimpin Pakatan Harapan, membuka siasatan RCI dan membuka kes pemimpin Bersatu dan Pejuwang seperti kes salah guna kuasa Tun Mahathir, dan kes bekas gabenor Bank Negara sahaja boleh meyakinkan ahli akar umbi bahawa Ismail Sabri adalah berdarah UMNO dan masih sayangn UMNO.

Alasan mahu tumpu Covid  dan ekonomi sahaja tentu tidak boleh diguna pakai atas sebab kes-kes babit Zahid Hamidi dan Najib Razak tiada cutinya waima Covid 19.

Maka, apa pun terjadi DSIS masih memakai baju UMNO dan jenama UMNO, jika gagal Ismail Sabri maka jenama UMNO terheret sama, jangan pula bila untung Ismail Sabri, ahli  UMNO terlopong sahaja.

Leave a Reply