Ebit Lew dan Sufian Suhaimi Hanya Fokus Pada Buat Kebaikan

Hebahkan !!!

PENDAKWAH bebas, Ustaz Ebit Lew sering kali dihujani dengan kontroversi, namun itu tidak menghalang penyanyi, Sufian Suhaimi untuk melayan baik inisiatif pendakwah itu untuk bertemu dengannya.

Menurut penyanyi lagu Cinta Tak Bertepi itu, dia tidak mengambil pusing tentang isu-isu yang berlaku, sebaliknya hanya fokus dengan apa yang ingin diberikan oleh Ebit.

Kita tak sempurna. Bila dia ajak buat kebaikan, takkan nak jadikan kesalahan dia sebagai alasan untuk saya tidak buat baik?

Penyanyi berusia 29 tahun itu mengulas video pertemuan dengan Ustaz Ebit Lew yang dimuat naik oleh pendakwah itu sendiri di Instagramnya dan menurut Sufian pertemuan itu tiada perancangan khusus cuma perbincangan tentang hal-hal berkaitan dengan agama sahaja.

Leave a Reply