Tiada cadangan wujud SOP khusus untuk KL, Putrajaya

Hebahkan !!!

SYAHIDI BAKAR / Pic

BUAT masa ini, tiada cadangan mengadakan prosedur operasi standard (SOP) khusus untuk Kuala Lumpur dan Putrajaya ekoran daripada pembukaan sektor ekonomi serta pelancongan di Ibu Kota, kata Datuk Seri Shahidan Kassim.

Menurut Menteri Wilayah Persekutuan itu, pihaknya akan terus mengguna pakai SOP sedia ada bagi memudahkan pemantauan dan penguatkuasaan terhadap situasi semasa di kedua-dua Wilayah Persekutuan itu.

Katanya, kawasan pelancongan utama ini adalah di Kuala Lumpur jadi kita hendak lihat supaya benda ini diberi perhatian. Fasa satu ada garis panduan dan fasa dua juga ada panduannya, jadi kita akan ikut yang itu bagi elakkan timbul kekeliruan.

“Kerajaan telah umum pembukaan aktiviti ekonomi kawasan tarikan pelancongan di Langkawi bermula 16 September nanti.

“Jadi Kuala Lumpur ini bukannya kawasan tumpuan akiviti ekonomi sahaja, malah ia juga kawasan pelancongan dan pusat bagi pelbagai sektor perkhidmatan,” katanya selepas Mesyuarat Pusat Penyelarasan dan Pengurusan COVID-19 (CCMC) di Institut Latihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (IDB), semalam.

Turut hadir sama Timbalannya, Datuk Seri Jalaluddin Alias, Ketua Setiausaha KWP, Datuk Seri Rosida Jaafar dan Pengarah MKN Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Azizah Mohamed Said.


KAEDAH vaksinasi bergerak diteruskan sebagai cara memberikan khidmat kepada warga Wilayah Persekutuan.

Dalam pada itu, Shahidan juga Pengerusi CCMC menjelaskan, pada ketika ini angka daripada KKM telah menunjukkan penduduk di Kuala Lumpur telah mencapai tahap 100 peratus untuk dos pertama hasil program vaksinasi COVID-19 yang dilaksanakan.

Jadi katanya, beliau sendiri ingim lihat apakah benar warga Wilayah Persekutuan ini telah mendapat vaksin 100 peratus atau tidak.

“Kita akan membuat pusingan kedua vaksin bergerak dengan kerjasama kementerian lain untuk pergi terus ke kawasan jadi tumpuan di Kuala Lumpur dan kita hendak pasti supaya semua warga tempatan telah divaksin atau tidak,” katanya.

Selain itu, kata Shahidan terdapat juga beberapa agensi melaporkan cuma ada 58 orang, 50 orang yang belum divaksin ia tidak mendatangkan kesan ketara terhadap angka-angka tersebut.

Walau bagaimanapun, katanya, Kementerian Wilayah Persekutuan tidak mahu bertolak ansur soal kesihatan dan keselamatan demi kebaikan bersama semua pihak.

“Kita akan terus untuk vaksin bergerak ke kawasan telah ditetapkan dan caranya senang, kalau kita pergi sesuatu tempat itu, jika ada orang yang keluar, bererti kita telah capai,” katanya

Leave a Reply