Langkawi Akan Dibuka Untuk Pelancong Pada 16 September

Hebahkan !!!

Langkawi yang menjadi tumpuan pelancong terutamanya pelancong dari dalam negara dilaporkan akan dibuka  untuk umum tidak berapa lama lagi.

Ini sebahagian usaha kerajaan untuk membina semula sumber sumber ekonomi dari hasil pelancongan yang terjejas teruk akibat pandemic Covid 19.

Pengumuman ini dibuat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri pada hari Khamis lalu (2) September .

Dalam kenyataannya, walaupun dibenarkan,  masih ada kawalan kawalan serta SOP yang akan dikenakan serta pemantauan akan dibuat.

Antara SOP nya adalah mereka yang dibenarkan melancong adalah golongan yang sudah mendaoat dua dos suntikan vaksin.

Bagi destini destini pelancongan yang lain pula , kebenaran untuk dibuka akan mengikut peratusan jumlah penduduk yang sudah divaksin iaitu kadar 80%.

Malayaia merancang untuk mengadaptasikan kehidupan normal dengan keadaan pandemik Covid walaupun kadar yang terbabit masih lagi tinggi jumlahnya.

Rancangan membuka destini pelancongan seperti Pulau Langkawi agak sama dengan Tindakan yang diambil oleh kerajaan Thailand terhadap pusat pelancongan Phuket.

 

Leave a Reply