Hidupan makhluk asing mungkin ditemui 3 tahun lagi

Hebahkan !!!

SEKUMPULAN saintis mula melihat ke arah gugusan planet baharu di alam semesta, telah mengandaikan hidupan makhluk asing mungkin ditemui manusia dalam dua atau tiga tahun lagi, lapor akhbar Daily Star baru-baru ini.

Ahli astronomi Universiti Cambridge, England melihat gugusan planet dipanggil hycean terletak dalam Galaksi Bima Sakti dan beranggapan satu daripadanya mungkin wujud keadaan yang sesuai untuk dihuni makhluk asing.

Planet digelar ‘Neptuna mini’ K2-18b itu dilihat lebih besar daripada Bumi, namun dilitupi lautan serta mempunyai tahap haba dan hidrogen yang mencukupi untuk menampung kehidupan.

Namun, selepas mendapati kadar metana serta amonia selain tanda-tanda wap air, saintis yakin planet K2-18 b menyimpan rahsia semesta.

Neptuna mini berada 124 tahun cahaya dari Bumi dan bersaiz hingga lapan kali ganda lebih besar, namun memiliki jarak cukup jauh dari bintang paling hampir dengannya, membolehkan ia mengekalkan kehidupan pintar.

Ketua penyelidik, Dr. Nikku Madhusudhan berkata manusia berkemungkinan mampu mengesan kehidupan di planet sedemikian dalam tempoh beberapa tahun lagi.

“Hycean adalah dunia penuh air serta dikelilingi atmosfera berhidrogen tinggi. Kami anggarkan dalam tempoh dua hingga tiga tahun lagi, akan mengesan biopenunjuk pertama sekiranya planet ini dihuni sesuatu yang hidup,” katanya.

Beliau bagaimanapun berkata, ia perlukan lebih banyak maklumat sebelum disahkan benar-benar yakin terdapat makhluk lain yang sama-sama menghuni semesta. -Agensi

Leave a Reply