Sultan Murka Kakitangan Agama, Guru KAFA Dan Pegawai Masjid Tidak Ambil Vaksin.

Hebahkan !!!

Guru guru Kelas Agama dan Fardhu Ain  , Pegawai Agama , kakitangan masjid dan kakitangan Jabatan Agama dinegeri Selangor diberi titah oleh Tuanku Sultan Sharafudin Idris Shah , mereka mereka yang tidak ambil vaksin atau enggan divaksinkan bakal dihalang untuk melaksanakan tugas mereka.

Tuanku dalam satu kenyataan rasmi meluahkan rasa tidak senangnya apabila mengetahui ada seramai Sembilan puluh Lima (95) guru KAFA, Sebelas kakitangan masjid dan Enam Jurunikah menolak suntikan Vaksin.

KAFA adalah program pelajaran yang diluuskan oleh Jabatan Agama Dan Kemajuan Islam (JAKIM)

“Mereka yang enggan terima suntikan Vaksin bukan sahaja membahayakan diri sendiri tetapi juga orang disekeliling mereka” Titah Tuanku.

Guru guru KAFA harus tahu vaksin untuk Covid 19 mampu mencegah keadaan lebih teruk dan kematian.

“Beta dimaklumkan jumlah ramai kematian Covid 19 di negeri Selangor membabitkan mereka yang tidak diVaksin”

“Beta  ingin peringatkan guru guru KAFA yang berdegil , mereka mungkin dihalang dari menjalankan tugas mereka” titah Tuanku.

Hal sama juga ditujukan kepada kakitangan dan pegawai masjid serta jurunikah.

Semua pekara diatas termasuk juga kepada Empat Ratus Lima Puluh (450) guru guru sekolah rendah dan menengah kata Tuanku Sultan.

Segera dapatkan suntikan Vaksin demi kebaikan semua pihak ujar Tuanku , jika tidak Tindakan akan diambil.

Leave a Reply