Siasatan Wang 1MDB Dalam Akaun Keluarga Zeti – Apa Sudah Jadi?

Hebahkan !!!

Oleh : Sirajuddin Ahmad

Kali terakhir berita mengenai kes wang TIA/1MDB dimasuk kedalam akaun suami bekas Gabenor Bank Negara Malaysia , Tan Sri Zeti Akhtar Aziz , iaitu Datuk Dr Taufiq Aiyman adalah pada bulan Mac 2021.

Selepas kenyataan Direktor Siasatan Jenayah Bahagian Komersil Bukit Aman iaitu Komisioner Datuk Zainuddin Yaacob bahawa siasatan berkenaannya masih diteruskan (ongoing) terus hal berkenaannya senyap tanpa kenyataan follow-up.

Bukit Aman CCID director Comm Datuk Zainuddin Yaacob .

Apa yang menarik dengan kes ini adalah ia akan menjadi bahan bualan dan pertanyaan rakyat setiap kali muncul perbicaraan berkaitan kes Datuk Seri Najib Razak.

Agak menghairankan juga jika siasatan memakan masa terlalu lama atas sebab ianya susulan dari laporan yang sudah pun siap diberi oleh pihak Polis Singapura.

Bermakna siasatan hanya disambung dari “lead” yang sudah pun sedia ada.

Tambahan pula rakyat mempertikaikan perkara ini memandangkan apa yang susah sangat siasatan tentang dokumen wang keluar masuk yang hanya memerlukan pembuktian , tarikh, waktu , siapa meluluskan dan siapa terbabit .

Kerajaan perlu tegas dan segera buka kes atau pun pengumuman “finding” pada siasatan ini untuk dibawa ke mahkamah.

Seperti kes 1MDB juga, persepsi Datuk Seri Najib “sudah bersalah” , “akan didapati besalah” telah pun tertanam pada minda rakyat.

Persoalan rakyat , mana mungkin awal-awal sebelum siasatan terhadap Datuk Seri Najib dibuka sudah dicop sebagai”bersalah” namun kes ini pula hendak dicop sebagai “lain” @ “tidak bersalah” pula.

Integriti Polis DiRaja Malaysia harus dijaga dan semoga individu-individu yang disyaki oleh rakyat akan masuk campur tidak akan berbuat sedemikian.

Ada juga rakyat mengandaikan bahawa ia sengaja cuba dilengahkan.

Ini tidak baik untuk imej Polis itu sendiri.

Rakyat berpendapat ia cuba dilengahkan atas sebab kononnya ada “nama” besar terbabit dan tahu tentang wang ratusan juta ini.

Malah , ada juga rakyat yang menyatakan akibat perbuatan sendiri pihak tertentu yang suka bermain dengan isu 1MDB untuk mengenakan musuh Politik, lalu apabila kes sama terdedah membabitkan kenalan dan kawan sendiri, maka ia menjadi masalah besar untuk ditutup.

Syak wasangka rakyat semakin meninggi apabila cubaan menutup transaksi dan penyata akaun dihalang dari didedahkan dimahkamah ketika DSNR memintanya.

Bagaimana hendak ditutup jika pihak autoriti negara Singapura sudah pun mengesahkan dan memaklumkannya.

Mana mungkin wang sejumalah RM42 juta masuk kedalam akaun DSNR menjadi kes, tetapi wang lebih besar jumlahnya yakni RM100 juta tidak pula menjadi kes, tanya rakyat.

Ini jelas tidak masuk akal.

Tambah lagi, wang diterima ada yang sebelum kelulusan Bond dan seolah-olah sangat berkaitan dengan tugas bekas Gabenor.

Maka untuk membatalkan semua pandangan negatif rakyat kepada kerajaan dan juga rasa curiga rakyat kepada “individu” tertentu yang disyaki “pivot” kepada semua hal ini, sangat eloklah pihak Polis membuat kenyataan susulan sejauh mana sudah siasatan mereka.

Leave a Reply